Penunggang Jatuh Basikal, Terkejut Gadis Hampir Telanjang Di Jalanraya


GAMBAR saat-saat seorang penunggang basikal terjatuh kerana terkejut melihat seorang wanita berbogel di hadapannya telah mendapat perhatian netizen malah menjadi viral.

Penunggang basikal itu dikatakan terjatuh sejurus wanita yang juga seorang model itu membuka baju dalamnya untuk sesi penggambaran di jalan Grafton, Dublin, ibu negara Ireland.

Wanita terbabit membuka baju dalam atau bra yang dipakainya dalam sesi penggambaran itu adalah untuk menyokong kempen Breast Cancer Awareness Day.

Malang untuk penunggang basikal itu, dia terjatuh di hadapan sekumpulan Miss Ireland 2015 yang turut hadir dan membuat perkara yang sama dalam sesi fotografi tersebut bagi menyokong kempen itu.

Walau bagaimanapun, tindakan mereka semua yang bergambar separuh bogel di khalayak itu telah dikritik dan dikutuk oleh segelintir netizen di laman makro twitter mereka. – Agensi