Pin Penuh Di Muka Dianggap Sebagai "Fesyen" Di Tokyo


Minggu fesyen Tokyo menarik perhatian ramai apabila model-modelnya menggayakan pakaian dengan muka mereka dipenuhi pin.

Rekaan itu merupakan sebahagian daripada ciptaan pereka Keisuke Imazaki untuk musim bunga dan musim panas.

Jenama Plastictokyo itu menggabungkan pakaian jalanan untuk lelaki dan wanita dan dimasukkan elemen pelik iaitu pin memenuhi muka.

Beratus-ratus pin dipasang di muka bagi menggayakan fesyen pelik itu.

Agaknya siapalah yang akan memakai fesyen pelik seperti itu, bukan? -Kedahnews.com