Polis Cari Siow Chee Heng Untuk Bantu Jadi Saksi Kes Dadah


KUALA LUMPUR – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang lelaki berusia 42 tahun bagi membantu perbicaraan satu kes dadah di Mahkamah Tinggi Jenayah di sini.

PDRM dalam satu kenyataan berkata, lelaki itu dikenali sebagai Siow Chee Heng yang beralamat terakhir di Negeri Sembilan.

“Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields sedang mengesan saksi perbicaraan untuk hadir di Mahkamah Tinggi pada 29 Oktober ini.

“Kes bersangkut kes dadah,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, alamat terakhir lelaki itu di Jalan Besar, Pekan Batu Kikir, Jelebu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields ditalian 03-90516222.

“Orang ramai boleh juga menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur (Rakan Cop) talian 03-21159999 / SMS ke 32728 atau hadir di mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya. –Kedahnews.com