Polis Siasat Dakwaan Gambar Pelancong Berbogel Di Pulau Sibuan


Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan berhubung penyebaran gambar bogel sekumpulan lelaki dan wanita dipercayai pelancong yang didakwa dirakam di Pulau Sibuan, Semporna, Sabah seperti yang tersebar di aplikasi perbualan We Chat dan WhatsApp, baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Semporna, Superitendan Peter anak Umbuas berkata, pihaknya sudah menerima maklumat mengenai penyebaran foto itu dan sedang menyiasat sama ada gambar itu dirakamkan di Semporna atau sebaliknya.

“Kita sedang menyiasat kesahihan gambar itu kerana ada juga dakwaan ia dirakam di luar negara, namun dimuat naik di Facebook kononnya berlaku di Sabah”, katanya yang dipetik dari Berita Harian, hari ini.

Gambar yang tersebar itu menunjukkan tujuh lelaki berbogel membelakangi kamera sambil seorang wanita berpakaian lengkap menghadap kamera.

Difahamkan bahawa pelancong yang berkelakuan tidak senonoh itu dipercayai merupakan pelancong dari negara China. -Kedahnews.com