HONG KONG - Sekurang-kurangnya 200 orang berhimpun di luar balai polis bandar Wan Chai dengan hanya memakai baju dalam berwarna merah jambu sambil mengangkat sepanduk yang tertera gambar seluar dalam dan coli dan menjerit,” Payu dara bukan senjata!”
Difahamkan bahawa tindakan tersebut dilakukan sebagai tanda solidariti terhadap seorang wanita yang telah dijatuhkan hukuman selama 3 tahun 6 bulan akibat dituduh menekan payu daranya ke muka seorang pegawai polis semasa sebuah perhimpunan bantahan.
Menurut keterangan mahkamahnya, Ng Lai-ying, 30, sedang menyertai sebuah protes terhadap perdagangan rentas-sempadan pada Mac lalu apabila pegawai polis tersebut telah mencabulnya secara tiba-tiba.
Namun, Majistret Micheal Chan Pik-kiu menolah pertuduhan itu dengan alasan bahawa Lai-ying, menggunakan identiti jantinanya untuk mengada-adakan tuduhan melulu terhadap pegawai polis tersebut.
:Ini satu tindakan yang berniat jahat", katanya.
Jurucakap bagi pihak penyokong Lai-ying yang dikenali sebagai Luk Kit-ling menjawab soalan-soalan yang diajukan South China Morning Post mengenai isu kontroversi tersebut.
“Ia merupakan sesuatu yang mengejutkan dan amat dikesali apabila seorang wanita yang telah dicabul dituduh cuba mencipta kekacauan.
“Insiden ini hanya akan mengurangkan pembabitan wanita dalan aktiviti pergerakan sosial dan menghalang wanita untuk menggunakan hak mereka untuk terbabit dalam aktiviti politik,” katanya.
Seorang aktivis dari Persatuan Wanita Dalam Persama Rataan Hak turut menyokong kenyataan Kit-ling dengan memberikan kenyataan sokongan menerusi media AFP.
"Hukuman yang dijatuhkan memang aneh. Bagaimana pula payu dara boleh dikelaskan sebagai senjata?
"Kami sungguh marah, namun kami juga risau jika perkara ini menjadi penghalang bagi kaum wanita untuk mengambil bahagian dalam protes.
Pihak polis perlu menyemak semula garis panduan bagi mengendalikan ahli protes wanita.” katanya pada media berkenaan.
Sementara itu, peserta protes yang berbaju dalam di hadapan ibu pejabat polis itu menjelaskan kepada media bahawa alasan meraka memakai coli adalah untuk menunjukkan betapa merepeknya hukuman yang dijatuhkan ke atas Lai-ying.
“Kami perlu berwaspada kerana satu hari nanti pihak polis mungkin akan tuduh kita menyerang mereka dengan zakar atau punggung pula!” jerit salah seorang peserta. -Kedahnews.com