Putus Cinta, Nelydia Tidak Bermusuh Dengan Qi, Kekal Kawan


Hubungan cinta selama tiga tahun yang terjalin di antara aktres cantik, Nelydia Senrose dan Qi Razali akhirnya putus jua di tengah jalan apabila Nelydia tampil berterus terang mengenai status dirinya yang kembali single menerusi laporan sebuah akhbar baru-baru ini.

Walaupun sudah putus cinta, namun Nelydia menyatakan dia tidak bermusuh dengan Qi sebaliknya mereka akan kekal sebagai kawan.

"Kami berdua ingin fokus kepada kerjaya masing-masing dan perpisahan ini bukan bererti kami bermusuh dan masih berkawan. 

"Apa pun sebab kami berpisah biarlah ia menjadi rahsia kami berdua kerana tidak mahu memperbesar-besarkan hal tersebut," katanya yang dipetik dari mStar.

Berstatus seorang selebriti pastinya segala perihal peribadi Nelydia akan cuba dikorek oleh orang awam, namun belajar daripada pengalaman, aktres berusia 21 tahun itu akan cuba mengelak berkongsi cerita kecuali hal kerja sahaja.


"Bercerita salah, sorok pun salah tetapi saya fikir pada masa hadapan cukuplah benda-benda peribadi hanya untuk pengetahuan diri sendiri. 

"Bukan apa bila terlalu banyak didedahkan kepada umum ia banyak menimbulkan spekulasi dan kebanyakan daripadanya tidak tepat," katanya lagi.

Nelydia turut tidak mendedahkan punca sebenar mereka berpisah walaupun sebelum ini Qi dikatakan sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan. -Kedahnews.com