Riyadh - Selepas seminggu, Arab Saudi masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi jumlah warganegara yang terkorban dalam tragedi rempuhan di Mina yang menyebabkan 769 jemaah mati.
Namun, beberapa negara sudah mengumumkan jumlah jemaahnya yang terbunuh dalam tragedi itu.
Iran hari ini mengumumkan 464 jemaahnya terbunuh dalam tragedi itu, termasuk lebih 200 jemaah yang gagal dikesan, menjadikan ia negara paling ramai mati.
Ketua Pasukan Bulan Sabit Merah Iran di Teheran, Ali Marashi, berkata pihaknya sudah mencari mereka yang hilang di semua hospital tetapi gagal.
Berikut jumlah jemaah yang mati mengikut negara berdasarkan pengumuman rasmi kerajaan negara itu atau laporan media negara terbabit.
Iran: 464 mati
Mesir: 75 mati, 94 hilang
Nigeria: 64 mati, 244 hilang
Mali: 60 mati
Indonesia: 57 mati, 78 hilang
India: 45 mati
Pakistan: 40 mati, lebih 60 hilang
Niger: 22 mati
Cameroon: 20 mati
Ivory Coast: 14 mati, 77 hilang
Chad: 11 mati
Algeria: 11 mati
Senegal: 10 mati
Maghribi:10 mati. 29 hilang
Somalia: 8 mati.
Libya: 4 mati, 16 hilang
Tanzania: 4 mati
Kenya: 3 mati
Tunisia: 2 mati
Malaysia: 1 mati
Burkina Faso: 1 mati
Burundi: 1 mati
Belanda: 1 mati
Benin: tidak diketahui jumlah kematian
Sumber: AFP