"RM15 Vincci Warehouse Sale" Punya Pasal, Pagar Pun Sanggup Panjat!


Mereka yang berjantina perempuan dan "shopping" sememangnya tidak dapat dipisahkan!

Lagi-lagi jika ada jualan murah atau jualan penghabisan stok. Memang teruja dan rambang mata jadinya golongan kaum Hawa ini!

Buktinya, lihat gambar-gambar gelagat dan telatah orang ramai yang dikongsi netizen di media sosial ketika membanjiri ‘Jualan RM15 Vincci Warehouse’ di Shah Alam, hari ini.


Apa yang mengejutkan kami, terdapat juga gambar menunjukkan aksi beberapa wanita ‘gigih’ yang sanggup memanjat dinding dan pagar untuk masuk ke tapak jualan.

Difahamkan, orang ramai telah menunggu sejak awal pagi lagi untuk membeli kasut di jualan murah tersebut. Namun, kebanyakan peminat Vincci pulang hampa kerana mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam tapak jualan kerana terlalu sesak.

Barangkali kerana melihat situasi yang tidak terkawal hari ini, pihak Vincci menerusi laman sosialnya memaklumkan jualan pada hari esok dan lusa dibatalkan atas faktor keselamatan. -Kedahnews.com