Saintis Jepun Cipta Mi "Glow In The Dark", Sanggup Makan?

Mi "Glow In The Dark"
Negara Jepun dan inovasi sememangnya tidak dapat dipisahkan kerana mereka sering mencipta pelbagai perkara dan benda baru yang ada kalanya bermanfaat selain ada pula yang memang langsung tidak dapat diterima akal.

Perkembangan inovasi mereka tidak hanya terhad kepada pembangunan teknologi dan gajet sahaja, sebaliknya industri pemakanan turut sama berubah mengikut kepakaran saintis di sana.

Terbaharu seorang saintis, Kurare Raku telah mencipta mi yang boleh bersinar dalam gelap.

Raku enggan mendedahkan rahsia di sebalik penciptaan mi neon yang terdiri daripada warna merah jambu, hijau dan biru.

Walau bagaimanapun, banyak pihak mendakwa dia mewarnakan mi tersebut dengan pewarna makanan dan mendedahkan mi itu dengan cahaya ultraviolet untuk kesan "glow in the dark".

Tindakan itu mungkin boleh membahayakan kesihatan si pemakannya. -Kedahnews.com