"Saya Bukan Penjenayah, Ditahan Untuk Bantu Siatasan Saja" - Mimi Lana

Mimi Lana
Sebelum ini, kecoh dunia hiburan tempatan apabila pelakon baru, Mimi Lana ditahan pihak polis baru-baru ini atas dakwaan memiliki bahan terlarang yang dijumpai dalam rumah sewanya.

Namun menurut Mimi, dia sebenarnya hanya mangsa sementara suspek kini masih ditahan.

Menjelaskan perkara tersebut kepada BH Plus, Mimi berkata pada hari kejadian dia baharu sahaja pulang daripada menjalani penggambaran di Pulau Pinang sehingga menyebabkannya keletihan lalu tertidur.

“Saya bukan pengedar dadah! Ketika direman, saya menangis siang malam memikirkan kerjaya lakonan yang baru bermula mungkin hancur berkecai. Masa depan saya gelap. Saya bertambah sedih apabila ibu bapa di kampung terpaksa menanggung malu besar.

“Saya direman 11 hari kerana kes ini besar. Apabila berita penahanan saya menjadi viral, terutama di laman maya, ia memberi impak besar kepada kerjaya. Ada maklumat yang disebarkan tidak benar. 

"Saya kecewa apabila dianggap seperti penjenayah, sedangkan saya ditahan bagi membantu siasatan,” ulasnya lagi.

Suspek yang turut menyewa bersama Mimi sehingga kini masih lagi ditahan pihak berkuasa untuk siasatan menyeluruh mengenai kes tersebut.

Mimi merupakan pelakon yang sedang meningkat naik namanya yang baru-baru ini muncul dalam drama bersiri Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa, gandingan bersama pelakon Hanis Zalikha dan Sharnaaz Ahmad. -Kedahnews.com