Segulung Rambut Puteri Diana Dilelong Pada Harga RM4,970 Di Internet


WALAUPUN sudah hampir 20 tahun kematiannya, namun nama Puteri Diana masih lagi meniti di bibir-bibir orang yang mengagumi ketabahan dan kecekalan wanita cantik itu.

Puteri Diana atau Lady D menjadi idola kebanyakan wanita di seluruh dunia kerana kisah kebaikan mendiang yang sering melakukan aktiviti amal terutama di negara-negara miskin dunia.

Terbaharu, dikatakan segulung rambut milik Lady D telah berjaya dilelong di laman pembelian atas talian, Amazon.com dengan harga USD$1,200 (RM4,970).


Penjualnya mendakwa itu adalah rambut sebenar wanita jelita itu dan menjelaskan harga yang dilelongnya itu adalah berpatutan memandangkan bingkai yang menempatkan helaian rambut itu sahaja sudah mencecah harga ratusan dolar.

Puteri Diana, ibu kepada pewaris takhta Britain, Putera William dan Putera Harry maut dalam kemalangan jalan raya di Paris pada 31 Ogos 1997 di Paris, Perancis dengan teman lelakinya, Dodi Al-Fayed dan pemandu Dodi, Henri Paul. - Kedahnews.com