Hayden Vandiver |
Macam-macam perangai manusia, ada yang mencari dan memperjuang kebebasan, tapi ada pula yang mahu masuk penjara.
Itu yang berlaku kepada seorang lelaki, Hayden Vandiver, yang dilaporkan sengaja memecah masuk ke dalam pejabat lamanya untuk merosakkan barang dan mencuri sebuah trak.
Menariknya, alasan yang diberikan oleh Vandiver untuk melakukan kesalahan itu adalah kerana dia mahu melarikan diri dari isterinya.
“Isteri saya mengalami waktu terburuk dalam hidupnya. Dia tahu saya melakukan perkara ini untuk melarikan diri darinya,’’ kata Vandiver.
Selain itu, Vandiver memberitahu, dia berbuat demikian juga adalah kerana tidak sukakan bekas bosnya.
Berikutan itu Vandiver didakwa atas tuduhan memandu di bawah pengaruh dadah, mencuri dan melakukan jenayah lain. -Kedahnews.com