Sesi Persekolahan Seluruh Negara Berjalan Seperti Biasa Esok - Mahdzir Khalid


PUTRAJAYA - Sesi persekolahan di seluruh negara berjalan seperti biasa esok berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang semakin baik, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Ahad.

"Ini bermakna tiada negeri atau kawasan yang persekolahannya ditutup esok," katanya dalam catatan terkini laman Facebook beliau.


Berdasarkan portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), sehingga pukul 4 petang tadi, empat kawasan mencatat IPU tidak sihat iaitu Pasir Gudang, Johor (106), Banting (101), Pelabuhan Klang (117), Shah Alam (108) di Selangor. -Bernama