iPhone 6S palsu mirip yang asli. |
Beijing - Kedai elektronik di Shenzhen dikesan menjual telefon pintar yang tidak ubah seperti iPhone 6s terbaru jualan Apple, namun dengan harga hanya satu persepuluh daripada yang asal.
Kedai ini menjual telefon iPhone 6s palsu yang sukar dibezakan daripada yang asal.
Telefon itu berwarna emas serta ‘S’ diukir pada bahagian belakangnya serta mempunyai logo dan mekanisme sama dengan iPhone 6s.
Satu saja perbezaan ketara dapat dilihat pada gambarnya yang sedikit kabur berbanding alat tulen.
Menurut penjualnya, ia menggunakan sistem Android, namun paparannya sama dengan iOS.
Katanya, jualan tidak begitu laris dengan kurang 100 unit dijual sejak tiba di pasaran seminggu lalu.
Bagaimanapun, gambar diambil tidak sebaik yang tulen kerana lebih kabur.
Harganya 580 yuan (RM400) berbanding iPhone 6s asal yang dijual 6,088 yuan (RM4,200).
Sementara itu golongan netizen sempat menjadikan isu itu sebagai gurauan apabila ada yang mendakwa dua telefon berkenaan sama disebabkan acuannya dibuat di China. - Agensi