Madinah - Pegawai kesihatan di sini berjaya membongkar kegiatan sekumpulan warga asing yang menggunakan air biasa dan menjualnya sebagai air zamzam.
Pembongkaran itu dilakukan selepas pegawai menyerbu sebuah bangunan di bandar suci itu.
Pihak berkuasa sebelum itu menerima aduan orang ramai yang waswas melihat sebuah lori memunggah botol kosong di bangunan berkenaan.
Ketua Majlis Perbandaran Madinah Awwad Al Tamimi mengarahkan pegawainya memeriksa.
Dengan dibantu polis, pegawai kesihatan menyerbu bangunan itu dan menemui sejumlah besar botol kosong, label palsu air zamzam dan peralatan untuk membotol.
Rakyat asing itu ditahan dan diserahkan kepada polis sementara trak dan peralatan lain dirampas. - Agensi