Benarkah pelakon dan peserta program televisyen popular Running Man, Song Ji Hyo, sudah memiliki anak perempuan namun enggan mendedahkan status tersebut?
Menerusi pengaruh Internet yang ada di zaman serba IT ini, gambar seorang budak perempuan di Korea Selatan dilaporkan telah menjadi viral kerana rupa parasnya yang sangat mirip dengan selebriti tersebut.
Walau bagaimanapun, budak berkenaan sebenarnya bukanlah anak kepada pelakon berusia 34 tahun itu, malah mereka berdua sememangnya tidak ada pertalian darah sama sekali pun.
Ia mendapat perhatian netizen selepas sebuah forum online dengan tajuk ‘Anak perempuan Ji Hyo yang disembunyi’ telah membincangkan persamaan serta mirip wajah mereka seperti ibu dan anak.
Dari segi aset mata yang bulat, bulu mata melentik dan senyuman yang manis itulah yang membuatkan mereka kebetulan macam kelihatan sama seiras.
Gambar budak perempuan itu mula menular serta menjadi popular dalam kalangan masyarakat termasuk media tempatan dan luar negara.
Apa-apa pun, mereka berdua sememangnya sama-sama comel dan mempunyai senyuman yang sangat manis.-Kedahnews.com