Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) |
PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull menafikan seorang Anggota Parlimen dipanggil agensi itu untuk membantu siasatan berkaitan penyalahgunaan kuasa.
"Ini tidak betul," katanya kepada Bernama dalam satu pesanan ringkas melalui aplikasi Watsapp di sini malam tadi.
Beliau juga berkata SPRM tidak ada memanggil Anggota Parlimen yang memegang jawatan di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk memberi keterangan.
Sebelum ini dilaporkan seorang Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) Johor dipanggil SPRM kerana menyalahgunakan kedudukannya sebagai pengarah sebuah GLC.
Laporan sebelum ini memetik seorang pegawai SPRM berkata: "Siasatan ada dijalankan. Tiada MP (Anggota Parlimen) ditahan". - BERNAMA