Sultan Johor Bayar Zakat 10 Kali Ganda Dari Harga Trak Mewah


Sebagaimana maklum, sebuah trak jenis Mack ‘custom’ paling mahal telah pun diserahkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam lawatan baginda ke Brisbane, Australia tempoh hari.

Trak yang ditempah khas tersebut mempunyai beberapa ciri-ciri menarik dan mewah seperti kualiti fabrik yang diimport dari Afrika Selatan, enam kamera litar tertutup dan pelbagai lagi ciri-ciri keselesaan.


Harga trak tersebut tidak didedahkan, namun menurut portal permotoran Paultan.org, harganya mencecah RM1.4 juta.

Namun adatlah, ada sahaja kata-kata tidak enak dilemparkan segelintir pihak apabila dengar berita yang ‘pelik’ sedikit.

Ada yang mempertikaikan, sepatutnya wang sebanyak itu lebih elok digunakan untuk bantu orang miskin dan susah daripada melakukan perkara-perkara yang dianggap membazir.

Tetapi sebenarnya, nilai trak berkenaan yang mencecah lebih jutaan ringgit itu hanyalah sejumlah kecil daripada nilai zakat yang dikeluarkan oleh Sultan Johor, demikian rakyat Baginda mempertahankan sultan kesayangan mereka.


Menurut seorang pengguna laman sosial Facebook, Zach Yahya, wang Baginda pun bukanlah daripada hasil yang dikutip daripada cukai atau hasil jualan minyak seperti Petronas.

Sebaliknya Tuanku Sultan menggunakan wang sendiri malah dilaporkan Baginda telah mengeluarkan kira-kira RM12.5 juta zakat kepada Majlis agama Islam Negeri Johor pada tahun 2013 sahaja.

umlah itu 10 kali ganda daripada harga trak yang dibeli Baginda apatah lagi trak berkenaan digunakan untuk meninjau rakyat seluruh negeri Johor.

Manakala di laman rasmi Facebook JOHOR Southern Tigers pula, negeri Johor dilaporkan adalah satu-satunya negeri yang tidak mempunyai hutang dengan kerajaan pusat malah punyai lebihan dana dalam simpanan sebanyak RM3 billion.


Selain itu, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Ibni Almarhun Sultan Idris Shah juga dikatakan telah menyatakan kesediaan untuk membiayai pelajar Malaysia yang belajar di United Kingdom dan Amerika Syarikat berikutan tekanan yang diterima mereka ekoran kejatuhan matawang ringgit sekarang.

Pada pendapat kami, tidak perlu menilai apa yang kita nampak semata-mata, perlu diakui Tuanku Sultan Johor sememangnya telah banyak membantu rakyat Baginda dan berani dalam melakukan pembaharuan. -Kedahnews.com