PENCUNGKIL gigi yang ditemui di dalam jantung Videla. |
Buenos Aires - Seorang lelaki terseksa selama enam bulan selepas tertelan pencungkil gigi ketika sambutan tahun baru yang tanpa disedari mencucuk jantungnya.
Selama tempoh itu, Horacio Rodriguez Videla, 42, mengalami rasa sakit mencucuk-cucuk, demam panas dan batuk berdarah, lapor portal berita Clarin.
Doktor menyangka dia menghidap AIDS dan terkejut apabila hasil pembedahan menemui pencungkil gigi di dalam jantungnya.
Videla berkata: “Memang saya banyak makan kudapan ketika meraikan Tahun Baru bersama kawan-kawan. Mungkin saya tertelan pencungkil gigi itu.” - Agensi