Tidak Ada Pengesahan Tentang Kesahihan Benjy Dihukum Gantung

GAMBAR yang kononnya didakwa diambil beberapa minit sebelum Khaeryll Benjamin atau Benjy menjalani hukuman gantung setelah disabitkan atas kesalahan mengedar dadah beberapa bulan lalu.
Baru-baru ini kecoh di laman sosial mengenai berita anak lelaki Allahyarhamah Azean Irdawaty, Khaeryll Benjamin atau Benjy yang dikatakan telah menjalani hukuman gantung setelah disabitkan bersalah atas dakwaan mengedar dadah beberapa bulan lalu.

Malah, beberapa portal dan blog turut memuat naik beberapa keping gambar yang kononnya didakwa diambil beberapa minit sebelum aktor itu menjalani hukuman tersebut.


Anehnya, sehingga hari ini didapati tiada sebarang pengesahan dari pihak keluarga mahupun pihak penjara mengenai kesahihan gambar dan laporan yang tersebar itu.

Tambahan pula, status terakhir yang disahkan menunjukkan bahawa kes Benjy yang disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah adalah pada Mei lalu di mana sebutan semula kes sedang dijalankan.

Menurut Astro AWANI, usaha menghubungi peguam bela Benjy untuk mendapatkan kenyataan juga gagal sehingga kini.

Terdahulu, Benjy ditahan pada 27 Mac lalu dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Pagoh, Johor dan dihadapkan ke mahkamah pada 8 April. -Kedahnews.com