UUM Jadi Pilihan Tomok, Aril Sambung Belajar Bidang Kreatif


PROSES pembelajaran tidak akan pernah berhenti dan habis selama kita hidup di muka bumi ini.

Itu prinsip yang dipegang kedua penyanyi, Tomok dan Aril yang tidak meletakkan umur sebagai penghalang dalam menimba ilmu pengetahuan.

Tomok dan Aril akan menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Pengurusan Industri Kreatif di Universiti Utara Malaysia (UUM) sesi Oktober 2015.

Menurut Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 31, dia menerima surat tawaran pada Isnin lalu selepas mengambil beberapa ujian kemasukan dua minggu lalu.

“Alhamdulillah baharu semalam (Isnin) saya dapat surat mengatkan saya diterima untuk menyambung pengajian di UUM menerusi program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ).

“Perasaan teruja itu memang ada kerana sudah menjadi impian saya untuk menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi dan akhirnya tercapai,” katanya memetik mStar.

Sebelum ini, antara selebriti yang pernah melanjutkan pengajian di UUM ialah Zed Zaidi, Zehra Zambri dan Diddy Hirdy.

Selamat maju jaya diucapkan buat Tomok dan Aril, semoga langkah yang diambil mereka dapat dicontohi rakan-rakan artis yang lain di kemudian hari. -Kedahnews.com