UUM Lantik CEO Star, Wong Chun Wai Sebagai Profesor Adjunt

Chun Wai (tengah) menunjukkan surat perlantikan sebagai profesor adjunt di Sekolah Perniagaan Othman Yeop Abdullah, Universiti Utara Malaysia, pada Khamis.
KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Media Star, Datuk Seri Wong Chun Wai telah dilantik sebagai profesor adjunt di Sekolah Perniagaan Othman Yeop Abdullah, Universiti Utara Malaysia, pada Khamis.

Surat pelantikan tersebut telah diserahkan kepada Chun Wai dalam satu majlis ringkas di sini oleh Naib Canselor, Profesor Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.

Dengan pelantikan itu, Wong Chun Wai akan menggunakan gelaran profesor sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.