ALOR SETAR - Perkembangan terkini Iman Furqan Uwais Sayuti menyaksikan bayi comel itu selamat menjalani prosedur rawatan di Pusat Pakar Perubatan Gleneagles, Pulau Pinang, setelah dipermudahkan Allah SWT, semalam.
Menurut ayahnya, Sayuti Wan Chik, tiub pernafasan yang dipakai oleh Uwais akan dibuka esok, setelah berjaya melakukan pembedahan ketiga bayi yang baru berusia 28 hari itu.
"Alhamdulillah Uwais selamat jalani pembedahan ketiga, doktor akan buka tiub pernafasan pada hari Isnin InsyaAllah. Mudah-mudahan Uwais kuat dan boleh bernafas sendiri nanti.
"Allahuakbar dia baru 27 hari sudah 3x pembedahan setiap hari," tulis "abi" Uwais di laman Facebooknya.
Uwais perlu menjalani pembedahan ketiga yang merupakan yang terakhir dalam proses rawatannya yang derita menghidap komplikasi jantung atau dikenali sebagai truncus arteriosus, sejak awal dia dilahirkan 28 hari yang lalu.
Dalam perkongsian terbaru, Sayuti menceritakan tentang detik-detik dia dan isterinya, Nor Lailina Moha, diuji Allah apabila perlu mencari dana yang besar bagi membiayai kos rawatan Uwais di hospital pakar berkenaan.
Menurut sumber, Uwais terpaksa berbaris panjang dan menunggu giliran yang agak lama sekiranya menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), membuatkan Sayuti terpaksa memilih hospital pakar swasta demi memulihkan kesihatan anaknya itu.
Namun dengan kehendak Allah SWT yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani, dana pembedahan Uwais yang hampir "memecahkan kepala" Sayuti itu terkumpul hanya dalam tempoh beberapa hari sahaja sejak kisah Uwais viral dikongsi di laman sosial.
Mengucapkan syukur pada Allah SWT, Sayuti turut "berpesan" pada Uwais supaya kuatkan semangat untuk kembali sihat, yakin pada kuasa Allah, menjadi anak yang soleh dan tidak sombong dengan orang.
"Nanti bila Uwais dah sihat Uwais kena ingat Abi pesan ni...
"Uwais jadi anak yang soleh ya, Uwais jangan sombong dengan orang. Allah hantarkan ramai orang bantu Uwais, tolong Abi untuk rawat Uwais.." tulis Sayuti lagi.
Berikut dibawah adalah tulisan Sayuti di laman Facebooknya. -Kedahnews.com
Warkah Abi buat Muhammad Uwais IV
Assalamualaikum Muhammad Uwais
Uwais,18 hari sudah kamu masih diwad bertemankan nurse, doktor dan kawan-kawan. Alhamdulillah kita masih punya nafas untuk dihela, masih waktu untuk berusaha. Seawal sesudah Subuh Abi dan Ummi siap sedia untuk ke Gleneagles, Penang. Lewat petang semalam Abi dapat panggilan dari Pak Cik Hasbullah.
"Assalamualaikum Sayuti""Ya pak cik""Esok pagi bulih mai dak? Doktor nak jumpa esok pagi...mai awai nah pukui 8 ada kat sini dah""Ya baik pak cik esok saya pi awai lepaih Subuh"Abi dan Ummi pun gerak lepas Subuh.
Perjalanan kami hanya ditemani alunan bacaan ayat suci daripada cd Sheikh Misyari Rasyid Al Afasi...Imam favourite Abi kalau Uwais nak tau. Mana lah tau satu hari Uwais boleh jadi macam dia kalau dak pun encem dan kacak ala Fateh Saferegic pun orait jugak kan kan.
Uwais,Sampai saja di Gleneagles Hospital Abu Mat dan Ummi Yati dah standby, depa awai lagi rupanya. Tak lama Pak Cik Hasbullah call...
"Sayuti...sampai dah ka?""Ya ya baru ja sampai ni""Ok pak cik tunggu di depan kaunter ni""Ok baik"
Selesai Abi daftar dikaunter terus naik ke atas, tingkat 2 Klinik Dr. HafizPak Cik Hasbullah yang banyak bantu Abi dan Ummi sepanjang urusan disana. Mudah jalan cerita Uwais sebenarnya. Alhamdulillah.
Sementara tunggu giliran ke klinik, Pak Cik Hasbullah ajak kami ( Abi, Ummi, Abu Mat dan Ummi Yati) pi sarapan dulu kat belakang hospital. Usai sarapan pagi kami naik semula dan tunggu didepan Klinik Dr. Hafiz.
Tiba giliran Abi, Ummi, Abu Mat, Ummi Yati dan Pak Cik Hasbullah masuk bersama. Doktor mula terangkan berdasarkan ujian diagnosis oleh Dr. Sharifah 2 hari yang lalu.Kata doktor pembedahan Uwais akan lalui sekurangnya 2 fasa. Andai berjaya yang pertama boleh la Uwais rehat untuk beberapa ketika sebelum diteruakan fasa kedua...tepi andai berlaku masalah dan kegagalan fungsi jantung, Uwais, kamu terpaksa dibedah sekali lagi untuk betulkan jantung kamu.
Abi mula fikir..."Allah berat sekali ujianmu sayang, juga buat Abi"Tapi masih punya cara dan kaedah untuk selamatkan kamu sayang. Allah jadikan Uwais begini pastinya ada rahmat yang hanya Dia yang Maha Mengetahui.Selesai doktor terangkan tentang kaedah dan prosedur pembedahan Abi mencelah...
"Untuk operation ni...berapa kos dia doktor?""Untuk ni biasanya RM35-40k""Allahuakbar" (bisik dalam hati Abi)Bagaikan jantung Abi terhenti seketika sambil berfikir"Mana Abi nak cari banyak mcam tu?"
Allahuakbar dalam hati Abi..."Abi nak buat semua ni untuk kamu sayang, tapi Abi tak mampu"
Terasa begitu lemah, apatah lagi bila kos pembedahan kedua boleh yang mencecah hingga RM60k kata doktor. Innalillahiwainnailaihirajiun. Seram sejuk bila Abi dengar semua ni.
Selesai jumpa doktor kami dibawa berjumpa Mr.Henry Chiah untuk diskusi tentang dana pembedahan Uwais. Perbincangan itu membuka sedikit idea bagimana mahu mendapatkan dana buat kamu sayang.
Kata Mr.Henry "U dont worry, God will help u"Dia masih bekerja walau usia sudah mencecah 68 tahun.
"Saya patut sudah pencen dan berehat tapi u tengok (senarai panjang anak-anak yang memerlukan dana bantuan pembedahan dipapan kenyataan belakang tempat Abi duduk) sebab anak-anak ini saya nak tolong,kesian mereka"
Allahurabbi mulia sungguh hatinya.
Kata Mr.Henry " kita punya darah yang sama colour, tiada beza walaupun berlainan bangsa dan agama"
Abi hanya mampu mendoakan beliau diberikan hidayah oleh Allah SWT.
Lama juga kami berbincang dan Mr.Henry terus memberi sokongan dan dorongan buat Abi. Kata beliau "Percaya la kata saya, dalam masa 2-3 hari u akan dapat bantuan untuk ini"
Amin ya robb....hanya mendoakan dipermudahkan segalanya sayang.
Uwais,Selesai berjumpa Mr.Henry Abi keluar dari bilik tu dengan perasaan yang sangat bercelaru...
"Mana Abi nak cari duit untuk ubatkan Uwais dengan segera...Allahuakbar"Abu Mat ajak duduk sebentar dan Abu tanya Abi...
"Abu minta maaf Abu nak tanya ni, sebenarnya berapa duit yang ada sekarang?Bukan apa kita nak tau supaya kita boleh aturkan rancangan nak cari dana nanti"Malunya Abi nak cakap masa tu,"Jangankan kata RM5k Abu...RM3k pun saya tak dak Abu"
Abi tak mampu nak tahan mata Abi dari berkaca, Abi takut disebabkan semua ni Abi gagal selamatkan Uwais. Abi doa saja mintak Allah jaga Uwais sampai Abi dapat dana yang cukup nak ubatkan Uwais.
Lepas tu kami semua bertolak balik, Abu ajak balik rumah dia dan bincang disana. Masa on the way balik, kawan-kawan Ummi rupanya dah siap sedia nak tolong. Depa dah siap sedia 1 poster dengan nombor akaun Abi untuk mohon bantuan dana Uwais, poster gambar Abi pegang tangan Uwais tu yang digunakan.
Abi ada up satu status cerita tentang selepas Abi jumpa doktor Hafiz tadi. Tiba-tiba kawan-kawan Abi dalam group whatsapp Gawang.my (rakan photographer sukan abi) depa dah bincang macam mana nak cari dana untuk Uwais, depa minta akaun Abi dan Abi bagi. Abi tak tak boleh nak fikir apa masa tu. Dalam masa beberapa minit saja poster kedua dana Uwais siap depa hantar kat Abi mintak persetujuan dan pandangan. Apa lagi yang mampu Abi katakan waktu tu sayang, begitu ramai Allah bukakan hati insan-insan mulia nak tolong Uwais.
"Ok" itu saja mampu Abi jawab pada kawan-kawan.
Sampai di Bertam, Abu Mat suruh Abi parking kereta dan naik bersama dia. Dia bawa Abi dan Ummi pi makan...
"Kita pi makan dulu nanti balik rumah kita bincang"
Masa tu kepala sakit bagai nak pecah, Abi dah tak mampu nak pikir apa pun, bermula dari pulang dari berjumpa Dr Sharifah 2 hari lepas sampailah saat tu Abi sakit kepala Allah saja yang tau.
Lepas makan kami pulang ke rumah Abu, kata Abu...
"Pi lah naik atas rehat dulu, sat gi kita duduk dan bincang macam mana"Abi dan Ummi naik ke bilik, usai solat Zohor Abi saja ambil handphone nak tengok akaun Abi...
"Subhanallah Allahuakbar....dalam masa beberapa minit tadi ada orang yang sudi hulurkan derma untuk Uwais....Allahuakbar akaun Abi hanya ada RM11+ saja Uwais.....RM11+ saja sebelum tu"
Abi tak mampu berkata apa melainkan hanya pujian, syukur pada Allah saja waktu tu. Hanya mampu sujud syukur dan menangis bila Allah hantarkan bantuan tanpa henti masa tu sampai jam hampir 4.00petang Abi dapat call dan mesej akaun Abi dah kena block oleh bank.
Kawan-kawan Abi suruh ke bank segera untuk selesaikan, mujurlah Maybank dekat rumah Abu, terus Abi ke sana dan minta bank bukakan akaun Abi. Abi bagitau kat pihak bank...
"Saya tengah kumpulkan dana pembedahan anak saya, ramai orang tengah bagi bantuan, saya minta bank tolong buka balik akaun saya"
Pihak bank bagi satu borang kuning untuk Abi isi, selesai saja urusan di bank terus Abi up satu status difb bagitau yang Abi dah selesaikan masalah akaun ini.
Lewat petang Abi dan Ummi nak gerak balik rumah nenek, kawan Abi Fahmi call dan nak jumpa Abi di Petronas Bertam. Lama dia tunggu sebenarnya sebelum Abi sampai. Dia tanya bagaimana keadaan Uwais dan Abi bercerita panjang lebar tentang Uwais. Tiba-tiba dia hulurkan sampul katanya ini sumbangan dia dan keluarganya juga rakan-rakan dari kilang (tempat kerja dia)
Subhanallah Allahuakbar....apa lagi yang mampu Abi ucapkan sayang. Airmata syukur pada yang Esa atas segala nikmat yang Allah tanpa henti bagi untuk tolong Uwais ni."Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar " Itu saja mampu ucapkan tika itu.
Masa on the way balik rumah di highway Abi dapat banyak sekali mesej dan call dari ramai orang. Entah dari mana dan siapa Abi tak kenai, Abi tak tau sayang. Kepala masih sakit waktu tu.
Satu panggilan dari seorang lelaki...
"Salam encik ni bapa Uwais ka""Ya saya tuan""Boleh saya tau macam mana keadaan dia?"Abi ceritakan semuanya tentang Uwais lalu Abi tanya"Minta maaf tuan, boleh saya tau nama tuan? Saya tak kenai ni""Tuan mungkin tak kenai saya" kata dia"Nama saya Syarul Ridzwan....saya pelakon""Allahuakbar....saya minta maaf saya tak cam suara tuan""Tak pa tuan tak pa, saya cuma nak tau sendiri cerita anak tuan, saya nak tolong publishkan di Ig saya""Subhanallah terima kasih tuan semoga tuan dipermudahkan rezeki Allah saja mampu balas jasa baik tuan ni" kata Abi.
Abi terus pulang ke rumah nenek. Sampai saja Angah Furqan dan Along Iman berlari-lari kat Abi sambil menangis..."Abi.....Abi....Abi....." teriak Angah Furqan dan Along Iman"Abi pi jumpa doktor sayang, nak ubat baby Uwais" kata Abi.Angah Furqan dan Along Iman menangis teresak-esak....Abi pujuk lalu tanya"Pasepa nangis ni....rindu kat Abi ka?"
Angah Furqan dan Along Iman angguk saja. Abi tak mampu tahan lagi...
"Abi minta maaf Abi bukan nak tinggai Furqan dengan Iman, Abi p cari doktor nak ubat Uwais" kata Abi
Sampai tengah malam Jumaat tu Abi masih lagi dapat mesej mengatakan akaun Abi tak boleh diakses. Abi pelik, petang tadi baru ja Abi pi bank. Bank kata dah ok.
"Tak apa lah esok (Jumaat) saya pi bank sekali lagi" balas mesej dan callUwais tau dak, sampai tengah malam pun ramai insan-insan yang mulia ni Allah hantar untuk bantu Uwais...Allahuakbar.
Uwais,Hari ke 19 Uwais Abi dah kalut nak kena pi bank. Awal pagi lagi sudah dapat mesej dan call pasal akaun Abi tu. Abi siap-siap , harini Abi bawak Along Iman dengan Angah Furqan sekali. Kesian asyik kena tinggai ja dekat nenek. Sampai dibank Abi jumpa pegawai bank dan sekali lagi kena isi borang kuning. Abi tanya pegawai tu...
"Boleh dak saya nak buka current account nama saya?" (Sebelum tu Abi dah cerita kat dia Abi tengah kumpul dana buat Uwais)"Kalau untuk tujuan ini tak boleh cik" kata dia"Ya ka?" (Abi sikit frust la)"Saya ada current account kat sini atas nama MSLM Enterprise, tapi saya tak mau la bagi takut orang salah anggap sat gi, saya takut jadi fitnah pulak kat saya, keluarga saya""Hurmm betui jugak no" kata dia"Tak pa saya cuba bincang dengan boss, tapi Isnin la baru boleh sebab harini dia cuti" sambung pegawai bank tu"Isnin?" tanya Abi (lambat sangat kata Abi dalam hati)"Tak apa lah saya bagi current account saya nanti saya jelaskan kat semua orang"Habis saja urusan di bank terus Abi up status tentang akaun bank ni kenapa Abi tak gunakan no current account tu sebelum ni difacebook.
Abi terus ke rumah Mak Cik hantar Along Iman dengan Angah Furqan kat sana. Ya lah, Abi nak pi jumpa Uwais mana boleh bawa depa. Tengah hari tu Abi sampai kat Uwais lebih kurang pukul 1.00 petang dah.
"Sat lagi nak p Jumaat pulak, nak kena cepat ni" kata Abi dalam hatiSampai saja diwad Abi nampak Uwais"Alahh sayang Uwais buka mata, selalu tu tidur ja"Abi paham nurse bagi ubat Uwais kena tidur nanti jaga Uwais main banyak takut penat nanti.
Seronoknya dapat tengok Uwais masa tu Allah ja yang tau. Uwais sangat cumel sayang, satu kepuasan yang sukar Abi nak kata bila Uwais tengok Abi sembang dengan Uwais masa tu.
Abi yakin Uwais sangat kuat. Abi ceritakan kat Uwais apa yang berlaku kat luar sana.
"Uwais dah popular sekarang, ramai orang sayang Uwais, raaaaaaaamai orang tengah tolong Uwais, Uwais kena kuat ya sayang, Uwais kena tabah, Uwais jangan mengalah, kalau Uwais tak kuat Abi lagi tak kuat. Yakin dengan Allah, Allah yang bagi kita sihat dan Allah juga yang bagi kita sakit. Uwais janji dengan Abi Uwais akan jumpa Abi lagi....janji dengan Abi ya sayang"
"Nanti bila Uwais dah sihat Uwais kena ingat Abi pesan niUwais jadi anak yang soleh ya,Uwais jangan sombong dengan orangAllah hantarkan ramai orang bantu Uwais, tolong Abi untuk rawat UwaisAllahuakbar Abi tak tau nak cakap macam mana lagi segalanya Allah aturkan, Dialah yang menguji Uwais dan Abi serta Ummi. Dia juga hantarkan bantuan untuk Uwais dan Abi. Abi tak boleh lama sebab nak pi solat Jumaat, Abi balik dulu ya sayang"Abi sebenarnya masih mengharapkan Uwais ke IJN tapi masih tak dapat kabar berita bila IJN boleh bagi tarikh untuk Uwais. Tak apa lah, sabar dulu lah.
Uwais,20 hari kamu masih di wad NICU, Hospital Sultanah Bahiyah. Setiap hari Abi mendoakan kebaikan buat kamu, setiap hari Abi tak putus-putus memohon Allah permudahkan urusan kamu dan setiap hari Abi bersyukur Allah bukakan ramai hati-hati manusia tanpa henti hulurkan pelbagai bantuan untuk kamu sayang. Allah saja yang mampu balas segala kebaikan mereka semua yang telah banyak bantu kamu dan Abi.
Uwais,Hari je 21 kamu hari Ahad, Abi sudah mula bekerja tapi ingatan Abi asyik teringatkan kamu di wad. Waktu rehat tengah hari kamu Abi dahulukan, tiap kali bertemu dengan kamu Abi akan cuba bertanya kepada doktor dan mintak doktor terangkan keadaan terkini kamu. Alhamdulillah semuanya sangat baik. Ada ketika kamu dipuasakan ada masanya kamu boleh minum susu yang Ummi bekalkan. Alhamdulillah, minggu lepas masa kita ke Penang baru Abi tau berat kamu ni naik juga daripada 3.64kg tika kamu lahir, Selasa lepas (06/10/2015) rupanya dah naik sampai 3.93kg, alhamdulillah dalam keadaan kamu begini pun Allah masih izinkan proses kamu membesar. Syukur kepada Allah SWT.
Abi masih menanti jawapan daripada IJN sebenarnya. Bila tiap kali Abi berbicara dengan doktor yang jaga kamu, Dr. Oh bilang...
"Kita tengah tunggu jawapan dari sana, beberapa hari lepas pihak HSB ada berhubungn dengan IJN tapi belum dapat dipastikan bila kamu boleh ke sana"Tak apa lah, mungkin Allah dah aturkan kamu akan ke Penang saja untuk jalani pembedahan nanti. Abi ada hubungi Pak Cik Hasbullah ceritakan keadaan terkini dan tentang urusan kamu ni. Kata Pak Cik Hasbullah...
"Kamu solatlah hajat,istiqarah minta petunjuk daripada Allah mudah-mudahan Allah akan beri petunjuk dan kamu buat keputusan terbaik untuk Uwais""InsyaAllah pak cik" balas Abi.
Uwais,Isnin, 22/10/2015. Tengah hari tu macam biasa Abi akan ziarah Uwais dan minta doktor jelaskan bagaimana keadaan Uwais. Kamu puasa kata doktor. Katanya lagi ada jangkitan diusus kamu. Abi mula risau, Xray dah dibuat cuma belum ada keputusan. Abi jumpa Dr. Oh yang jaga kamu untuk bertanya apa status IJN kamu, kata doktor...
"Saya dah hubungi IJN lebih kurang jam 12-12.30 tengah hari tadi dan diberitahu"No date yet" itu saja"
Kecewa betul rasa hati waktu tu Ummi sangat mengharapkan Uwais akan ke IJN sebenarnya. Jadi Abi perlu buat keputusan segera. Pada masa sama Abi mohon doktor keluarkan surat untuk Abi. Abi nak mohon cuti sebab nak jaga Uwais. Abi tak mampu nak ke pejabat lagi, fikiran Abi hanya risaukan Uwais.
Lewat petang Abi bawa Ummi jumpa Uwais, Ummi masih berat hati nak ke IJN tapi Abi kata...
"Allah bagi ujian ni kat kita, Allah juga bagi jalan dan bantuan untuk kita. Ribuan insan yang kita tak kenal pun dah tolong Uwais. Allah gerakkan hati depa semua untuk bantu Uwais. Memanglah kita nak ke IJN tapi kalau kita usaha pun tapi kita dah ambil tempat orang lain yang sepatutnya bukan giliran kita, Abi tak mau. Abi akan rasa bersalah. Haritu kita tak da dana, sekelip mata Allah hantarkan dana dan cukup untuk buat pembedahan pertama ni. Allahuakbar. Semua ni Allah dah rancang dari awal, kita belum sempat buat apa lagi hanya Abi sempat jual motor saja Allah dah tolong kita sampai saat ni, yakinlah semua ini kerja dia dan kita bersyukur Uwais satu anugerah yang Allah bagi kat kita dan Allah jadikan dia sebab untuk Allah bagi pahala pada ribuan manusia yang sudi mendoakan dia apatahlah lagi bagi sumbangan u untuk dia Allahuakbar"
"Esok Abi nak hantar surat daripada Dr. Hafiz kepada HSB" sambung Abi.Surat tu sebenarnya Khamis lepas masa Abi pi jumpa Dr. Hafiz lagi dia dah bagi. Abi saja tak mau hantaq lagi sebab nak tunggu IJN. Tapi dengan perkhabaran ni Abi yakin inilah yang terbaik buat Uwais.
Uwais,Hari Selasa kamu sudah 23hari, pagi tu Abi sangat kelam kabut tapi kan sebenarnya hari-hari pun Abi kelam kabut sejak Uwais lahir ni. Ligan masa punya pasai, kadang-kadang lunch pun tak dan.
Pagi tu Abi sebelum ke HSB Abi solat Dhuha dulu dan sekali lagi Istiqarah minta Allah bantu Abi buat keputusan sebelum nak serahkan surat pada doktor di HSB.
"Ya Allah apakah tepat keputusan aku pada hari ni, apakah ini jalan cerita yang engkau dah rancangkan dari awal lagi, aku memohon engkau berikan aku ketetapan hati agar keputusan ini tidak salah demi Uwais, amin ya robb"
Abi pi HSB lebih awal dari waktu kebiasaan sebab nak ambil surat kat doktor pasal Abi nak cuti tu dan bagi surat Dr. Hafiz pada Dr. Oh untuk bawa Uwais ke Gleneagles. Lepas dapat surat tu, Abi balik rumah kita dan prepare surat untuk Abi mohon ke pejabat Zakat. Nak mohon bantuan Zakat untuk pembedahan Uwais. Memanglah ramai orang sumbangkan untuk Uwais tapi Abi kena standby jugak untuk pembedahan kedua Uwais nanti. Apa saja boleh berlaku waktu tu sayang. Selesai urusan , dipejabat Zakat, jam sudah hampir 5.00 petang. Abi ke office sat dan sempatlah rehat sat sebelum balik rumah nenek nak bawa Ummi pulak ziarah Uwais.
Masuk waktu Asar, Abi solat dulu disurau pejabat, usai solat belum sempat Abi angkat tangan menadah doa Abi dapat panggilan daripada HSB...
"Hello Encik Sayuti Dr.Oh sini""Ya doc""Esok baby akan transfer ke GMC jam 8.00 pagi so u datang awal sikit dalam 7.30 pagi ya, u pergi sendiri kan""Ya doc terima kasih"Mulai saat tu Abi dah mula rasa nerveous, Allahurabbi...Allah saja yang tau perasaan Abi masa tu. Terus Abi mesej bagitau Ummi. Petang tu Abi tak sempat nak jumpa Uwais lagi. Ummi saja Abi hantar jumpa Uwais.
Uwais,Hari yang penuh mendebarkan telah tiba, awal pagi Abi bangun mengadu pada Yang Maha Esa, apakah Abi telah buat satu keputusan yang betul. Kadangkala perasaan bercelaru itu tiba tanpa sedar
"Ya Allah tetapkanlah hati aku Ya Allah" Abi hanya mampu berdoa waktu itu.Usai pulang daripada Solat Subuh disurau depan rumah nenek, eh awal pula Along Iman dengan Angah Furqan bangun harini. Macam dah tau pulak Abi dan Ummi nak ke Penang bawa Uwais. Lepas Abi dan Ummi siap, nenek pun cari helah macam mana nak alih perhatian Angah Furqan dan Along Iman. Uwais, Angah Furqan tak pernah walau 1 hari tak tanya tentang Uwais. Dialah yang paling ingat sekali kat Uwais...
"Abi nak pi mana?""Abi nak pi kat adik baby ka?""Furqan boleh tengok dak?""Furqan nak tengok baby""Bila adik baby nak balik?""Furqan nak tengok adik baby?"1001 soalan yang Abi tak mampu nak jawab, kadangkala Abi jadi stress dia pula yang kena marah...maafkan Abi sayang...maafkan Abi.Along Iman pula penuh dengan imaginasi dia"Iman nak dukung adik baby""Iman nak bagi adik baby kat cikgu""Iman nak bawak dia jalan-jalan pegang tangan"Allah...Abi paham sayang kamu rindukan Uwais tapi Abi tak boleh bawa. Doktor tak bagi tengok sayang.Nenek mula mencari helah, nak larikan Angah Furqan dan Along Iman. Ucu lah yang akan jadi mangsa hehe"Ucu jom kita pi kedai beli nasi lemak" kata nenekSambil tu pujuk Angah Furqan dan Along Iman sekali. Abi lah yang kena pujuk Angah Furqan. Dukung sampai ke Jeep Wan, seronok lah nak pi jalan-jalan dengan nenek dan Ucu."Babai Abi" kata Angah Furqan.
Aduhh Abi dah lewat ni, jam dah hampir 7.30pagi. Abi patut ada di HSB 7.30pagi. Makanya kelam kabut lah jadinya. Cepat-cepat angkat barang-barang dan terus abi memecut le HSB.
Uwais,Sampai saja di HSB, Abi dan Ummi terus ke NICU wad Uwais. Uwais dh siap rupanya tunggu nak diangkat masuk incubator saja. Abi kemudian disuruh nurse untuk "settle"kan bil hospital. Ummi pulak Abi suruh tunggu dibawah saja. Selesai urusan bil hospital Abi tunggu Uwais diluar wad NICU tu. Hati penuh berdebar entah kenapa.Tak lama kemudian Uwais dibawa keluar. Abi teman Uwais turun sambil iring Uwais sampai lah kat tempat ambulan. Ambulan pun dah tersedia. Uwais ditolak masuk kat dalam ambulan. Mak cik datang bersama Asma' Humaira' sepupu Uwais yang sebaya Along Iman, kata Mak cik dia teringin sangat nak tengok Uwais. Tak lama lepas tu Uwais dah siap sedia, ambulan mula bergerak dan Abi ikut dari belakang sama macam ketika Uwais dibawa ke HPP minggu lepas. Maka bermula satu episod baru dalam hidup Uwais, perjalanan yang akan membawa sinar baru buat kamu sayang, hari terakhir dalam bulan Zulhijjah pada hari itu dan esok adalah 1 Muharram. Abi mendoakan penghijrahan kamu kali ini akan merubah kamu menjadi lebih baik dan sihat InsyaAllah.
Salam sayang Abi, Ummi, Along Iman dan Angah Furqan untuk Uwais...
“Allahumma yassir wala tu’assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin.”“Ya Allah Permudahkanlah Jangan Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan.”"Menulis bukan kerana namaHanya cerita tentang rasa"
Abi Iman Furqan Uwais1810201505 Muharram 14370433