Video Bukti Lelaki Lebih Sayang Kereta Dari Nyawanya Sendiri


Apabila dikatakan bahawa lelaki lebih sayangkan kereta daripada isteri sendiri, maka ramai wanita yang akan menjeling tajam pada suami, manakala si suami pula menafikan kenyataan itu.

Namun percayakah bahawa ada lelaki yang sayangkan keretanya lebih dari nyawanya sendiri?

Di bawah, dikongsikan sebuah rakaman video yang sedang viral, membuktikan wujudnya "spesis" lelaki yang ternyata sayang pada keretanya lebih daripada segala-gala, walau nyawanya menjadi galang ganti.

Video yang mula viral di laman sosial ini mendapat perhatian ramai selepas seorang lelaki yang berasal dari Rusia dirakam sanggup melompat ke atas keretanya demi melindungi kereta tersebut daripada rosak terkena hujan batu yang turun.

Lelaki berkenaan dilihat menolak ke tepi batu-batu dengan kaki dan tangan di atas kereta.

Nampaknya dia sanggup menggadaikan nyawa sendiri demi kereta meskipun hujan batu boleh memusnahkan harta benda dan mendatangkan kecederaan.

Pada 2012, hujan batu sebesar saiz bola golf telah melanda di East Midlands yang menyebabkan kemusnahan teruk pada rumah dan kenderaan.

Tiga orang telah dikejarkan ke hospital kerana bencana yang melanda ketika itu. -Kedahnews.com