Video "Kantoi": Isteri Dipenjara Rakam Suami Curang Dengan Pembantu Rumah


Wanita manakah dalam dunia ini yang tidak sakit hati jika suaminya bermain kayu tiga di belakang lebih-lebih lagi dengan pembantu rumah mereka sendiri.

Sebagai hukuman, seorang wanita di Arab Saudi telah bertindak merakam perbuatan terkutuk suaminya itu sebelum memuatnaik di laman sosial.

Wanita terbabit dikatakan sudah lama mengesyaki perbuatan suaminya itu namun kali ini dia tampil dengan bukti kukuh yang memperlihatkan suaminya berpelukan serta bercumbu dengan pembantu rumah mereka.

Dia memuat naik video berkenaan di laman sosialnya dengan kapsyen, “Hukuman paling minimum untuk si suami adalah memalukannya.”

Walau bagaimanapun, wanita terbabit boleh dijatuhkan hukuman penjara selama setahun kerana tindakannya itu.

Ini kerana kerajaan Arab Saudi menjalankan sistem hukuman yang tegas kepada sesiapa yang menggunakan rakaman video untuk memfitnah orang lain.


Memanglah tindakan lelaki terbabit satu perbuatan yang terkutuk namun kerajaan di sana berasakan tindakan menyebarkan rakaman tersebut adalah tidak elok.

Jadi, wanita tersebut boleh dikenakan hukuman penjara kerana mendedahkan perbuatan curang suaminya itu kepada umum. – Agensi