Video Lelaki Kereta Mewah Lempang Pekerja Bangla Jadi Viral


Sebuah rakaman video viral di laman sosial baru-baru ini memperlihatkan seorang pelanggan lelaki menampar beberapa kali seorang pekerja asing di sebuah pusat mencuci kenderaan.

Menerusi video yang diambil daripada kamera litar tertutup (CCTV) itu, dapat dilihat lelaki tersebut memarahi pekerja itu yang sedang mengelap bahagian hadapan kenderaan mewahnya.

Menurut pemilik premis terbabit, Atie Abdul Hamid yang berkongsi rakaman video itu di laman Facebooknya, lelaki itu dikatakan berang kerana pekerja itu mengotorkan keretanya.

“Rakaman CCTV seorang lelaki Melayu memukul seorang Bangla yang tengah cuci kereta kerana marah Bangla masuk dalam kereta dan menyebabkan keretanya kotor. Mungkin Bangla itu kotor berpakaian lusuh dan hina, kemudian tidak mahu membayar sebaliknya meminta wang RM1,000 kerana duduk dan mengotorkan keretanya ketika mengelap cermin.
Posted by Kedahnews.com on Sunday, October 18, 2015
“Siapa pun kita, sekaya mana pun kita, jangan terlalu angkuh dan bongkak dengan mereka yang dipandang hina. Nampak memang sikit, tapi sampai sekarang darah tak berhenti,” tulis Atie.

Tidak terhenti di situ, mangsa dipercayai dibelasah lagi sekali di bahagian belakang premis sehingga menyebabkan hidungnya patah.


Menerusi The Star, Atie menjelaskan pekerjanya sedang dirawat di hospital berikutan kecederaan yang dialaminya itu.

Video itu sehingga kini mendapat ribuan likes dan perkongsian oleh netizen di seluruh Malaysia.

Kebanyakan netizen menasihatkan Atie agar melaporkan insiden itu kepada pihak polis agar memberi pengajaran kepada lelaki itu yang bertindak membuta tuli dan keterlaluan. -Kedahnews.com