RAKAMAN video yang memaparkan aksi seorang wanita ditetak bertubi-tubi oleh dua orang lelaki yang dipercayai suami dan rakan mangsa telah menggemparkan rakyat Malaysia.
Kejadian dikatakan berlaku di Port Dickson, Negeri Sembilan di mana menunjukkan wanita berkenaan ditetak bertalu-talu di hadapan rumahnya dan cuba dileraikan oleh seorang wanita lain yang dipercayai ibu mangsa namun gagal.
(Amaran, paparan video kejadian mungkin akan mengganggu emosi, jika tidak kuat semangat dinasihatkan untuk tidak melihat.)
Posted by Kedahnews.com on Monday, October 5, 2015
Bagaimanapun, pihak polis telah berjaya menahan kedua-dua suspek berkenaan 30 minit selepas kejadian berlaku setelah mendapat maklumat daripada ahli keluarga mangsa.
Menurut laporan daripada Sinar Harian, suspek berusia 24 dan 26 tahun itu ditahan polis ketika kira-kira jam 7 malam kelmarin di Plaza Tol Mambau selepas menetak seorang wanita berusia 20-an itu di kediamannya di Taman PD Utama, di sini kira-kira jam 6.30 petang.
Punca kejadian dikatakan adalah disebabkan hasrat mangsa yang membuat keputusan untuk bercerai dengan suspek, seperti mana yang diberitahu oleh seorang pengguna Facebook, Jay Alagan yang mengenali mangsa.
“Saya kenal perempuan ini. Baru semalam saya pergi melawat dia di hospital. Keadaan dia masih kritikal. Kedua-dua belah tangannya patah dan beberapa urat serta satu jari putus. Mangsa cedera parah di bahagian badan, tangan dan kepala,” katanya.
Menurut Jay, suami kepada mangsa tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang menuntut cerai darinya.
“Suami dia tidak puas hati apabila dia meminta untuk diceraikan. Lelaki ini juga pernah cuba membakar rumah dan mengugut mahu membunuh isterinya sendiri. Ibu bapa mangsa siap bagi video rakaman CCTV yang menunjukkan menantu mereka membaling botol petrol di rumah anak mereka. Sehinggakan jiran-jiran terpaksa keluar membantu memadamkan api kebakaran.
Terancam dengan tindakan lelaki itu, bapa mangsa membuat laporan polis dan difahamkan sudah beberapa kali dibuat ke atas lelaki ini. Namun, pihak polis dikatakan tidak pernah mengambil apa-apa ke siasatan keatas lelaki itu dengan alasan bukti tidak mencukupi.
“Sebelum ni bapa perempuan tu da buat lima laporan polis terhadap menantu dia sebab dua kali dia cuba membakar rumah dan ugut nak bunuh anak perempuan dia tetapi polis tak ambil apa-apa tindakan disebabkan tidak ada bukti yang cukup. Bodoh!,” ulas Jay dengan penuh marahnya.
“Sekarang, bila mangsa sudah cedera parah, baru polis mahu bertindak” kata Jay yang kecewa pada polis yang didakwanya gagal bertindak cepat,” tambahnya.
Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, tangan dan anggota badan kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Port Dickson.