VIDEO VIRAL: Awek Kelate Dibelasah Pelanggan Tanpa Belas Kasihan


Sebuah rakaman video sedang viral tersebar menerusi laman-laman sosial memaparkan seorang gadis teruk dibelasah beberapa orang gadis lain sambil dimaki hamun tanpa sebarang rasa belas kasihan.

Berdasarkan rakaman berdurasi 2.11 minit itu, dipercayai kejadian tersebut berlaku di negeri Kelantan, merujuk kepada dialek bahasa maki hamun dan nombor pendaftaran kenderaan yang turut dipaparkan dalam rakaman itu.

Tidak dapat dipastikan tentang punca sebenar gadis tersebut dibelasah sedemikian rupa.

Walau bagaimanapun, beberapa pihak mendakwa gadis itu dikatakan adalah seorang penjual tuala wanita secara online dan dibelasah gara-gara menipu duit pelanggannya.

Pada pandangan kami, sewajarnya gadis-gadis itu tidak patut membelasah gadis itu walaupun dia melakukan jenayah atau kesalahan yang menyakitkan hati.

Secara jelas, agama Islam menekankan umatnya supaya bersabar dan cuba sedia upaya menahan rasa marah yang keterlaluan begitu kerana sifat-sifat berkenaan adalah berasal dari hasutan syaitan.
Posted by Kedahnews.com on Tuesday, October 20, 2015
Lagiun, negara kita mempunyai undang-undang untuk mengadili pihak yang melakukan kesalahan sebagaimana yang didakwa dan kita tidak berhak untuk menyentah atau menyakiti mana-mana pihak sesuka hati.

Silap-silap, dengan tindakan sendiri begitu, mungkin gadis-gadis yang memukul itu pula yang "masuk ke dalam", bukan? 

Saranan kami, tidak perlulah mengikut hawa nafsu marah, bersabar, buatlah laporan polis dan heretlah pihak yang bersalah ke muka pengadilan. Selesai cerita, wallahu'alam. -Kedahnews.com