Video Viral: Bikers Mat Saleh Mengamuk Sakan Lepas Awek Tunjuk Isyarat Lucah

Akibat terlalu berang ditunjukkan isyarat lucah, seorang bikers Mat Saleh mengamuk sakan sehingga bertindak keterlaluan memecahkan cermin kenderaan, mengugut bunuh sambil memaki hamun pemandu dan penumpang wanita di dalam kereta tersebut.

Video berdurasi 2 minit 51 saat yang dirakam sendiri oleh penumpang wanita yang dipercayai merupakan punca kepada persengketaan tersebut, kini tersebar di media sosial.

Difahamkan, penunggang motosikal itu amat berang dengan tindakan teman wanita pemandu kereta yang menunjukkan isyarat jari tengah kepadanya selepas hampir dilanggar kereta berkenaan.

Menurutnya, dia hanya mahu masuk ke lorong kereta itu tetapi tidak diberikan peluang menyebabkan kedua-duanya hampir bergesel.

Akhirnya dia beralah dan memberikan isyarat agar pemandu kereta terbabit pergi terlebih dahulu.

Bagaimanapun penumpang wanita dalam kereta berkenaan telah menunjukkan isyarat lucah kepadanya menyebabkan dia berang dan nekad memberhentikan kereta itu.

Akibatnya, berlaku pertelingkahan di antara kedua-dua pihak sehingga lelaki ‘mat saleh’ itu memecahkan cermin kereta berkenaan.

“I’m on the bike, you almost knock me off, i beam you ‘i said go’, you gave me the lane and she give the ‘bird’? (Saya menunggang motosikal dan awak begitu hampir melanggar saya, saya beralah dengan beri laluan guna isyarat lampu signal tapi awak balas dengan isyarat lucah?)

"Perkara ini tidak akan berlaku jika dia tidak menunjukkan isyarat lucah kepada saya," jerit penunggang motosikal terbabit.

Pemandu kereta jenis Perodua itu pula mempertahankan dirinya dan mempersoalkan mengapa lelaki itu memecahkan keretanya sedangkan yang menunjuk isyarat lucah itu adalah penumpangnya.

Dia juga nampaknya cuba mengajak lelaki itu membuat laporan di balai polis.
Posted by Kedahnews.com on Monday, October 26, 2015
Pihak polis pula difahamkan semalam telah menerima laporan berhubung insiden tersebut dan sedang menyiasat kes terbabit.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 506 kerana ugutan jenayah dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat," jelas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah dalam satu kenyataan hari ini. -Kedahnews.com