Video Viral: Nasmir Jitra Diarah Tutup Sementara Gara-Gara Ulat "Godek" Dalam Makanan


Sebuah rakaman video viral yang tersebar di laman-laman sosial baru-baru ini membawa padah pada salah sebuah restoran mamak terkenal, Nasmir, apabila diberikan notis menutup premis makanan berkenaan buat sementara waktu oleh pihak berkuasa.

Difahamkan bahawa cawangan restoran berkenaan yang terletak di Jitra telah diberikan notis tersebut semalam oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, disebabkan penyediaan makanan yang tidak bersih dan mampu memudaratkan kesihatan pelanggan.


Sebelum itu, rakaman video yang tersebar di laman-laman sosial terutama di kalangan netizen di negeri Kedah memaparkan seorang lelaki yang mengadu terdapat ulat yang masih hidup di dalam makanannya di restoran berkenaan.

Mengadu kepada seorang pelanggan yang dipercayai memuat naik rakaman video berkenaan di laman sosial, kelihatan ulat berkenaan melata di dalam makanan tersebut dengan jelas.

Video berkenaan kemudiannya menyebabkan ramai yang mengecam restoran berkenaan dan mahu tindakan sewajarnya diambil terhadap premis makanan tersebut.

Namun tidak lama, menerusi sekeping notis yang tersebar sejak semalam, disimpulkan bahawa pihak berkuasa telah mengambil tindakan sewajarnya terhadap restoran itu mengikut saluran undang-undang dan kuasa yang diperuntukkan. 

Justeru itu, adalah besar harapan kami supaya Nasmir Nasi Kandar dan semua pengusaha restoran mengambil iktibar dari kesilapan yang berlaku dan memastikan premis makanan masing-masing bersih dari sebarang unsur yang memudaratkan perniagaan mahupun pelanggan.

Sesungguhnya Islam itu agama yang bersih dan sangat cintakan kebersihan. -Kedahnews.com


P/s: Admin lebih suka makan kat rumah jer.. masakan mak the best!
Posted by Kedahnews.com on Thursday, October 1, 2015