Wanita Atau Lelaki Gay Tak Boleh Jadi James Bond - Roger Moore


Mungkin Daniel Craig tidak peduli dan sesiapa pun boleh menggantikannya untuk memegang watak hero lagenda British sebagai James Bond, tetapi tidak bagi bintang veteran yang pernah memegang watak berkenaan, Roger Moore. 

Ini kerana Moore telah mengisytiharkan bahawa wanita ataupun gay tidak boleh menjadi James Bond.

Aktor tersebut yang melakonkan watak Bond antara 1974 dan 1985 telah dikritik sebelum ini kerana menyatakan bahawa Idris Elba tidak boleh memainkan watak berkenaan kerana ejen perisik itu perlu `English-english’.


Meskipun Moore menyifatkan kenyataan berkenaan diambil di luar konteks namun ia tidak menghalang beliau daripada menyatakan isi hatinya mengenai watak James Bond.

“Saya telah mendengar orang ramai bercerita sepatutnya ada Lady Bond atau Gay Bond. Tetapi mereka tidak akan menjadi Bond untuk sebab yang mudah.

“Ia bukan bersifat rasis tetapi lebih kepada watak sebenar,’’ katanya yang turut mengakui Timothy Dalton merupakan Bond pilihannya.

Filem terbaru Bond iaitu Spectre, yang diarahkan Sam Mendes dan dilakonkan oleh Craig sebagai 007 akan menemui penonton esok. -Kedahnews.com