Wanita Dedah Teknik Mekap Yang Mudah Dan "Owesome"!


Adalah benar bahawa bakat terpendam yang dianugerahkan Allah SWT kepada setiap individu di dunia ini ternyata berlainan sama sekali.

Ada yang pandai memasak, berlakon, menyanyi, melukis, bersukan, bermain alat muzik, mengarang novel, mencipta dan banyak lagi sebagainya.

Setiap kelainan itu memberi kelebihan yang tersendiri kepada setiap individu tersebut. Sama seperti seorang wanita yang tinggal Warwickshire, England ini, bakatnya kini sering mendapat perhatian netizen dari seluruh dunia.


Teknik solekannya yang menggunakan cat pada muka ternyata amat dikagumi. Setiap hasil karya dan bakatnya itu sangat teliti serta realistik jika dilihat dengan mata kasar.

Mula melukis mukanya sejak beberapa tahun lalu, Nikki Shelley menyatakan dia berbuat demikian hanya untuk menghiburkan 3 orang anaknya pada musim cuti sekolah.

Namun, bakatnya itu mula diperluaskan untuk majlis-majlis hari jadi keluarga dan rakan-rakan.

Gemar menukar raut wajahnya seperti hantu atau raksasa, Nikki yang menggelarkan dirinya The Painting Lady itu kini gembira untuk berkongsikan hasil teknik mekapnya itu kepada seluruh masyarakat.

Sila saksikan hasilnya di bawah. -Kedahnews.com


17
14

1

2

3

4

7

8

16

18
5