Ya Allah..! Sembuhkanlah Adik Aqif Dari Deritanya... #MohonSebar


Sebak di dada dan tanpa disedari bergenang airmata melihat penderitaan seorang anak kecil, Muhammad Aqif Kaoirul Anuar, yang menderita akibat penyakit kulit serius yang dikenali sebagai Epidermolisis Bulosa (EB). 

Ibu manalah yang dapat menahan kepiluan hati melihat anaknya derita dan pada Umi Umeera Mazlan, dia terpaksa bertabah diri untuk menahan kesedihan serta berusaha mencari rezeki lebih bagi menampung kos rawatan Aqif yang tinggi setiap bulan.

"Jualan ini dapat membantu perbelanjaan Aqif," kata Umi Umeera Mazlan, 29, ibu kepada anak kecil berkenaan.

Menurut Umi Ameera, perbelanjaan kos perubatan anak lelakinya yang baru berusia 2 tahun itu hampir mencecah RM10,000 sebulan dapat dikurangkan hasil jualan kerepeknya secara online.

"Kami meniaga kecil-kecilan melalui laman sosial Facebook.

"Pendapatan yang kami perolehi dari menjual kerepek ini sekitar RM500 sebulan" katanya yang dipetik dari myMetro.

Kata ibu Aqif, dia memulakan perniagaan sejak lima bulan lalu dan mengambil insiatif berkenaan untuk membantu menambah pendapatan isi rumahnya.

"Setiap hari kami mesti pasang penyaman udara kerana penyakit Aqif ini menyebabkan kulitkan tidak boleh terdedah pada suhu panas kerana cepat mengelupas.


"Kadang-kadang saya terpaksa tutup penyaman udara untuk jimat elektrik tetapi kulit Aqif akan mengelembung kerana panas," katanya lagi.

Menurutnya, dia terpaksa membayar bil elektrik lebih RM400 kerana menggunakan kemudahan itu.

Sebelum ini, Muhammad Aqif pernah mendapat perhatian media apabila dia yang menghidapi penyakit itu terpaksa menanggung derita kesakitan kerana kulitnya hanya mempunyai satu lapisan.

Justeru itu, Kedahnews.com merayu kepada sesiapa saja yang ingin membantu adik Aqif dan meringankan tanggungjawab Umi Ameera, maka bolehlah menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank Umi Umeera Mazlan 162179628451 atau hubungi Kaoirul Anuar ditalian 017-6954117. -Kedahnews.com