Zarina Anjoulie Dedah Lelaki "Alim" Nak Tengok Dia Bogel


Rasanya sudah agak lama kita tidak mendengar cerita tentang pelakon, Zarina Anjoulie, yang sebelum ini terkenal menerusi lakonannya menerusi drama Anak Pontianak.

Sebelum ini pelakon seksi tersebut berkali-kali terpalit dengan pelbagai kontroversi gara-gara imej dan penampilannya yang boleh dikategorikan sebagai serba '"terlampau".

Walau bagaimanapun baru-baru ini, satu tweet dari Zarina yang menarik perhatian ramai di mana dia berkongsikan screen capture seorang pengikutnya yang meletakkan profil ‘acah-acah’ alim tapi meninggalkan komen tidak senonoh kepadanya.

Kata Zarina, bukan lelaki yang didedahkan itu saja yang berperangai sebegitu, malah sebaliknya dia mendakwa telah menerima banyak pesanan berbaur lucah daripada pengikutnya yang nampak saja alim.


Tidak dapat dinafikan, memang tidak seiring langsung perlakuan dan adab lelaki ini dengan gambar profil yang ditunjukkan, bukan?

Tapi, perkara ini bukan asing kerana memang kalau kita perhatikan, kadang kala lelaki yang gambar profilnya siap bersongkok, berserban itu ada yang lebih ‘gian’ meletakkan komen-komen tak senonoh lebih-lebih lagi di laman sosial selebriti.

Pun begitu, kami yakin bahawa hanya segelintir saja yang bersikap sedemikian, namun sudah cukup untuk mencemarkan nama muslim lain di negara kita. -Kedahnews.com