11 Tips Penyediaan Makanan Yang Kita Harus Amalkan

Gambar Hiasan
Boleh dikatakan bahawa kebanyakan kes keracunan makanan terjadi di seluruh dunia adalah akibat daripada penyediaan makanan yang tidak selamat.

Ini disebabkan oleh sikap cuai dan ambil mudah penyedia makanan yang tidak peka dengan kebersihan serta proses penyediaan makanan.

Dilaporkan bahawa terdapat 6624 kes keracunan makanan  berlaku di Malaysia pada tahun 2007 (kadar insiden 26.44/100,000 penduduk) dimana pengendalian makanan yang tidak selamat menjadi salah satu penyumbang kepada kes tersebut.

Teknik pengendalian makanan yang salah bukan sahaja mampu menyumbang kepada risiko keracunan makanan, ia juga mampu mengundang risiko penyakit lain.

Oleh itu, di sini kami kongsikan sedikit tips mengendalikan makanan yang perlu kita semua tahu.

1. Tips mengendali sayur mentah

Sayuran yang dimakan mentah seperti taugeh,daun kesum,daun serai wangi dan perlu direndam dengan air garam terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada jangkitan virus e.coli.


2. Tips membeli ayam segar

Beli ayam pada waktu pagi kerana bakteria pada ayam masih sedikit. Jika anda membeli pada waktu tengah hari, pastikan sewaktu anda balik ke rumah, ayam tersebut terus cuci dan dimasukkan ke dalam peti sejuk beku. jika anda tidak berniat untuk memasaknya. Bagi mematikan bakteria pula,ayam perlu dimasak dengan sempurna. Pastikan ia dimasak dengan sempurna. Jika tidak, bakteria tidak akan mati dan ia akan kembali aktif apabila makanan sejuk.


3. Tips makan makanan sejuk

Anda perlu memanaskan makanan yang telah sejuk. Jangan makan makanan yang telah sejuk melebihi 4 jam. Pastikan anda memanaskannya sehingga mendidih.


4. Tips Senduk Nasi

Elakkan diri anda daripada meletakkan senduk nasi didalam periuk kerana pemegang senduk terdedah kepada bakteria yang mungkin terhasil daripada peluh tangan anda.


5. Tips Makan Telur Separuh Masak

Elakkan memakan telur separuh masak kerana ia mengandungi bakteria yang boleh mengundang demam panas dan kekejangan otak. Pastikan juga telur telah dibasuh sebelum digunakan.


6. Tips Makanan Sejuk Beku

Makanan sejuk beku seperti nugget, ayam dan daging burget perlu digoreng terus selepas dikeluarkan daripada peti sejuk. Jangan biarkan makanan tersebut pada suhu bilik kerana ia mampu mengundang bakteria. Pastikan juga goreng didalam minyak yang betul-betul panas.


7. Tips memasak

Pastikan tukang masak bersih semasa memasak kerana 95% penyakit berjangkit didalam rumah berpunca daripada tukang masak. Sebab itulah orang berniaga perlu mengambil vaksin. Ini bagi mengelak jangkitan penyakit dan menjadi penyebar kepada mereka yang lain.


8. Tips Makanan Tin

Pastikan makanan dan minuman dalam tin dibasuh sebelum digunakan. Ini bagi mengelak risiko daripada terkena jangkitan kencing tikus.


9. Tips Makan Di Luar

Jika anda gemar untuk menikmati makanan diluar, pastikan basuh atau lap sudu yang nak digunakan terlebih dahulu. Pastikan anda tidak menggunakan sabun buku/tongkol yang disediakan di kedai makan. Sebaliknya sila gunakan pencuci cecair atau anda bawa sendiri pencuci tangan didalam botol kecil. Oleh kerana banyak penyakit yang berpunca daripada makanan, rasanya itu satu tindakan yang bijak.


10. Tips Beli Ayam Golek

Khas untuk ayam golek, pastikan ayam yang dibeli itu dalam keadaan panas. Elakkan daripada membeli ayam yang sudah sejuk atau yang sudah siap dipotong.


11. Tips membeli Ayam Yang Dipotong

Pastikan papan pemotong ayam dibuat daripada plastik. Kalau ia diperbuat daripada kayu, elakkan daripada membeli bimbang serbuk kayu mungkin melekat pada ayam dan daging yang dipotong.


Diharapkan kita semua mampu mengaplikasikan tips ini di rumah agar proses pengendalian makanan itu lebih bersih dan selamat.- Kedahnews.com