KUALA LUMPUR – Sebanyak 11,400 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak masih belum membuat tuntutan terhadap bantuan itu, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani berkata kementerian ambil maklum kes berkenaan dan telah mengambil langkah bagi memudahkan penerima di kawasan pedalaman membuat tuntutan dengan sekali bayaran.
“Walaupun kita membuat pembayaran BR1M dalam tiga fasa, tetapi bagi penerima di kawasan pedalaman, kita menghantar ketiga-tiga ansuran bantuan secara sekali gus bagi memudahkan penerima membuat tuntutan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Henry Sum Agong (BN-Lawas) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan mengapa pembayaran BR1M Fasa II dan III untuk tahun 2015 tergendala dan apakah langkah untuk memastikan pembayaran BR1M berjalan lancar.
Secara keseluruhan, Johari berkata pemberian BR1M fasa kedua dan ketiga berjalan lancar dengan pembayaran fasa ketiga dibuat mulai 21 Sept lepas.
Sementara itu, Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohd Sadique berkata kementerian akan memeriksa Buku Rekod Transaksi dan Laporan Transaksi Tahunan Pemberi Pinjam Wang (PPW) dan Pemegang Pajak Gadai (PPG) secara mengejut dan berkala bagi memastikan mereka mematuhi Akta Pemberi Wang 1951 dan Akta Pemegang Pajak Gadai 1972.
“Syarat-syarat untuk PPW dan PPG mendapatkan lesen baharu adalah pengarah syarikat hendaklah lulus tapisan keselamatan pihak berkuasa termasuk Bank Negara Malaysia dan pihak polis; mempunyai keupayaan kewangan yang kukuh dan disahkan melalui modal berbayar; purata transaksi di kawasan perniagaan adalah berdaya saing dan mematuhi jarak radius antara premis,” katanya ketika menjawab soalan lisan Oscar Ling Chai Yew (DAP-Sibu).
Katanya kadar faedah yang boleh dikenakan PPG ke atas pinjaman hendaklah tidak melebihi dua peratus sebulan atau sebahagian daripadanya manakala kadar faedah PPW adalah 12 peratus setahun bagi pinjaman bercagar dan 18 peratus bagi pinjaman tidak bercagar. – BERNAMA