2,400 Kad Touch ‘n Go Diedar Secara PERCUMA Sempena Deepavali


KUALA LUMPUR – Syarikat konsesi lebuh raya Grand Saga Sdn Bhd (Grand Saga) dan Grand Sepadu (NK) Sdn. Bhd. (Grand Sepadu) akan mengedarkan kad Toucn n Go secara percuma kepada orang ramai bersempena perayaan Deepavali tahun ini.

Taliworks Corporation Berhad (Taliworks Corporation) dalam satu kenyataan berkata, Grand Saga selaku subsidiri syarikat itu akan akan mengedarkan sebanyak 1,400 keping kad Touch ‘n Go bernilai RM19,600.

“Sementara syarikat usahasamanya, Grand Sepadu pula akan mengedarkan sebanyak 1,000 keping kad Touch n’ Go yang bernilai RM14,000.

“Kad ini yang pada kebiasaannya dijual pada kos RM10 akan mempunyai tambah nilai sebanyak RM4 dan akan diedarkan di lorong tunai plaza–plaza tol pada 9 November 2015 sehingga kehabisan stok,” kata kenyataan itu semalam.

Lebuhraya Cheras–Kajang (Grand Saga) antara lebuh raya empat lorong dua hala yang pertama di Malaysia sepanjang 11.5 kilometer (km) bermula dari Persimpangan Connaught, Cheras ke Saujana Impian, Kajang.

Sementara Lebuhraya NNKSB pula sepanjang 17.5km yang menghubungkan Pelabuhan Klang ke Bandar Klang. - Kedahnews.com