ANTARA yang ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen Terengganu. FOTO Zaid Salim |
Kuala Nerus - Restoran tomyam milik penduduk tempatan di Batu Rakit, di sini terpaksa menutup operasi apabila lima pekerjanya ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah dalam serbuan Ops Ikrar Jabatan Imgresen Malaysia (JIM) Terengganu, 9.30 malam tadi.
Lima pekerja warga Thailand terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita berusia antara 20 hingga 27 tahun ditahan kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen sah.
Difahamkan, mereka mempunyai ikatan persaudaraan dengan ada antara baru tiba di negeri ini kelmarin dan mula bekerja kelmarin.
Ketika serbuan dilakukan, mereka sedang melayan pelanggan termasuk ada yang sedang memasak di dapur sebelum kesemuanya dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Ajil untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Bahagian Penguatkuasa JIM Terengganu Ahmad Salihin Salleh berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat risikan dilakukan pihaknya.
"Pemeriksaan mendapati mereka masuk ke negeri ini menggunakan pas sempadan dan mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.
Sumber: myMetro