Aaisyah Dhia Rana |
Bukan saja comel dan gebu, malah bertuah sungguh anak pasangan selebriti Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang bernama Aaisyah Dhia Rana ini.
Biarpun baru berusia setahun, Aaisyah Dhia Rana sudah pun disunting menjadi pelakon dan dikatakan telah menerima bayaran belasan ribu ringgit dari pihak produksi hanya untuk muncul dalam 11 episod.
Menurut Rozita atau mesra dengan nama panggilan Che Ta, perkara tersebut telah mendapat persetujuan daripada pihak produksi dan stesen televisyen selain menyifatkan itu adalah rezeki bagi anaknya.
“Bayaran untuk komitmen 11 hari yang dia dapat itu melebihi bayaran pelakon pembantu yang menerima anugerah. Itu saja saya boleh cakap.
“Kira pakejlah gayanya kalau orang nak cakap kami anak beranak berlakon. Tak apalah, orang nak cakap apa…itu terpulang.
“Ini semua soal rezeki. Sebelum ini apa sahaja yang membabitkan saya selalu dipersoalkan dan menjadi kontroversi.
“Saya tak boleh nak tutup mulut orang dan kalau dilayan memang tidak pernah berakhir. Biarlah,” katanya menjelaskan rezeki dari Allah SWT yang diberikan pada anaknya itu.
Apapun, kami harap tidak ada pihak yang cemburu dengan rezeki yang diberikan pada Aaisyah Dhia Rana kerana segalanya itu adalah milik Allah SWT.
Sekiranya kurang rezeki, maka berusaha dan mintalah dariNya. InsyaAllah, Allah SWT itu Maha Mendengar permintaan dan doa dari hambaNya. Wallahu'alam. -Kedahnews.com