Aamir Khan |
SEKARANG ini imej orang Islam dipandang serong sesetengah masyarakat dunia berikutan tindakan pengganas ISIS yang sering kali melakukan keganasan di seluruh dunia.
Perbuatan mereka secara tidak langsung mencambahkan benih kebencian penduduk dunia kepada umat Islam sehingga wujud terma Islamophobia.
Namun, aktor India, Aamir Khan tampil menyangkal dakwaan kononnya segala serangan pengganas di dunia melibatkan orang Islam semata-mata.
Menurut pelakon beragama Islam ini, serangan pengganas yang berlaku tidak boleh dikaitkan dengan agama.
"Pada pendapat saya, segala serangan pengganas yang berlaku sekarang tidak boleh dikaitkan dengan agama.

"Jika pengganas tersebut adalah seorang Muslim, dia bukan pengikut Islam yang sejati. Sama juga sekiranya dia seorang yang beragama Hindu, maka pengganas tersebut bukan mewakili agama Hindu," katanya yang dipetik menerusi Indian Express.
Aktor berusia 50 tahun ini turut menekankan tiada mana-mana agama di dunia yang mengajar pengikutnya untuk saling membunuh di antara satu sama lain sehingga mengorbankan ramai orang yang tidak berdosa. –Kedahnews.com