TAN dilihat keluar dari mahkamah selepas dibebaskan semalam. |
Singapura - Mahkamah Rayuan Singapura semalam membebaskan seorang ahli perniagaan yang dituduh mengendalikan sindiket mengatur perlawanan bola sepak terbesar dunia.
Tan Seet Eng ditahan pada September 2013 tetapi tidak pernah dibicarakan.
Kementerian Hubungan Dalam Negeri menahan Tan mengikut undang-undang khas kongsi gelap selepas sukar mencari bukti mencukupi dan saksi untuk memfailkan dakwaan jenayah.
Bagaimanapun, panel tiga hakim di Mahkamah Rayuan memutuskan penahanan Tan tidak mengikut undang-undang kerana dia tidak memberi sebarang ancaman kepada orang awam.
Kata hakim, jenayah itu berlaku di luar negara dan tiada bukti dikemukakan kepada mahkamah yang menunjukkan saksi kes berkenaan diancam.
Tan yang kelihatan kurus dan berkepala botak bergegas menaiki teksi selepas keluar dari mahkamah.
Peguamnya, Hamidul Haq memberitahu wartawan, Tan berterima kasih dan bersyukur selepas mahkamah membuat keputusan yang adil. - AFP