Pasangan selebriti Akim Ahmad dan tunangnya, Ummu Shaikah atau lebih dkenali sebagai Stacy sepakat memilih bulan Februari tahun hadapan sebagai tarikh untuk mereka disatukan di jinjang pelamin.
Mengenai tarikh yang dipilih, Akim menyatakan bulan cinta itu dipilih selepas mengadakan perbincangan dengan kedua-dua belah keluarga.
“Memang kalau boleh saya mahu cepat kahwin dan segera menimang cahaya mata. Sepatutnya bulan Januari namun disebabkan banyak sangat komitmen kerja akhirnya kami rasa Februari adalah bulan yang sesuai.
“Kami sudah memutuskan hanya ada dua majlis sahaja iaitu majlis pernikahan akan dibuat di Sabah dan majlis resepsi di kampung saya di Johor Bahru,” kata jejaka kelahiran Johor ini, yang dipetik dari Berita Harian.
Walau bagaimanapun, Akim masih tidak mendedahkan tarikh sebenar mereka bakal diijabkabulkan.
Akim dan Stacy mengikat tali pertunangan pada 26 September lalu selepas hampir enam tahun bercinta. –Kedahnews.com