Alvin Tan Kini Bergelar Pengarah, Penerbit, Pelakon Filem Porno


Meskipun melakukan provokasi melampau, berkali-kali menghina Islam, Allah SWT, Rasulullah SAW dan Al-Quran, kami yakin masih ada lagi pihak yang menyokong blogger seks, Alvin Tan, yang kini menjadi "pelarian" di Amerika Syarikat.

Melangkah setapak kehadapan, blogger seks yang pernah menggemparkan negara menerusi blog berbentuk seksual dengan bekas kekasihnya, Vivian Lee, di Singapura, Alvin kini bergelar penerbit dan pengarah filem pula.

Mungkin terdesak dan sedar dirinya tidak mempunyai sebarang kelebihan lain, dia yang sudah lama berjinak-jinak dengan kegiatan seks bebas itu memilih genre pornografi sebagai filem pertama arahannya.

"Eden Day was a personal friend whom I met on Tinder, but things moved quickly (heh), and I brought her into the adult film industry in my debut film. This is the first film produced by me personally (i.e. directed by, written by, and starring me), so a lot is riding on this film. I’ve been previously hired to do a couple of shoots for production studios, and I felt that I could personally inject a lot more creative direction into a porn. Cockasian Love is therefore the product of months of careful planning, and sweat and tears, and absolute love for the game. You’ll love it — as the poster tagline says, a powerful east-meets-west romance indeed!", tulis Alvin di laman web promosi filem berkenaan.

Alvin yang kini dilihat jenis manusia yang tidak tahu malu itu turut mengaku bahawa filem porno pertamanya itu dilakonkan sendiri olehnya bersama seorang rakan yang dikenalinya, Eden Day, menerusi aplikasi sosial Tinder.

Penerbit filem porno kecil-kecilan berdurasi selama 37 minit itu dijual secara online dengan harga USD$9.99.

Nampaknya Alvin memilih jalan singkat untuk menyara hidupnya di negara "uncle Sam" yang memerlukan kos sara hidup yang tinggi dengan kegiatan yang dianggap tidak bermoral dari sudut budaya ketimuran.

Baru saja memalukan ibu bapa dengan provokasi menghina Islam, Alvin sekali lagi memalitkan "najis" pada keluarganya dengan aktiviti yang sama sekali ditolak oleh setiap agama di dunia itu.  

Cuma kami harap, beberapa NGO dan parti politik yang sebelum ini begitu menyokong Alvin Tan supaya memikirkan kembali sokongan mereka terhadap lelaki yang memalukan kaum Cina dan negara Malaysia itu. -Kedahnews.com