Alvin Tan Sekali Lagi Malukan Ibu Bapa, Keluarga Di Malaysia


Hanya berani membuat provokasi dari luar negara, Alvin Tan masih lagi tidak insaf dari memalukan ibu bapa dan keluarganya di Malaysia apabila bertindak melampau menghina Islam dan kitab suci Al-Quran.

Blogger seks dan penghina Islam yang kini melarikan diri ke Amerika Syarikat itu tidak teragak-agak memuat naik status yang mencabar kesabaran umat Islam bukan saja di Malaysia, malah di seluruh dunia dengan sikap biadapnya itu.
 
Selepas menerbitkan buku berjudul ‘Sex, Pork and Persecution’ yang menceritakan kisah lucah, kehidupan di penjara dan politik; Alvin Tan, 27 yang menggelar dirinya sebagai “aktivis kebebasan bersuara” memuat naik gambar dia berada dalam tandas.

Biadap dan menjijikkan, dia menggunakan helaian al-Quran untuk menggantikan tisu untuk membersihkan punggungnya yang terpalit najis.

Kami yakin bahawa tindakan Alvin itu menimbulkan kemarahan yang amat sangat dari kalangan umat Islam, namun turut memberi tamparan yang memalukan ibu bapa dan sanak keluarganya yang berada di tanahair.

Mungkin tahu tentang keterbatasan kuasa Kerajaan Malaysia dan prosedur ekstradisi yang mungkin menyebelahi dirinya di Amerika Syarikat, Alvin tidak teragak-agak untuk berkelakuan seperti salah seorang penghina Islam terkenal, Salman Rushdie.

Bagaimanapun, kami yakin bahawa Allah SWT lebih berkuasa dari segalanya dan sudah tentu ada hikmah di sebalik ilham dariNya untuk mendorong kelakuan Alvin sebegitu di akhir zaman ini.

Walaupun kesabaran kita dicabar sedemikian rupa, kami berharap agar semua pihak berjaya menahan sabar terhadap provokasi melampau Alvin dan yakinlah bahawa pembalasan Allah SWT itu lebih adil dan saksama. -Kedahnews.com