Ketua Polis Bandar Raya Kota Kinabalu, ACP M. Chandra |
KOTA KINABALU – Polis Kota Kinabalu hari ini memberi amaran kepada pengguna media sosial agar menghentikan penyebaran khabar angin mengatakan terdapat pengebom berani mati dari kumpulan Abu Sayyaf di sekitar bandar raya ini.
Ketua Polis Bandar Raya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat tidak benar itu.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Chandra berkata polis menafikan khabar angin itu dan sentiasa meletakkan keselamatan awam sebagai keutamaan polis.
Baru-baru ini, tersebar maklumat yang mendakwa kumpulan Abu Sayyaf menempatkan lapan pengebom mati di beberapa lokasi penting di Sabah khususnya sekitar bandar raya ini. – BERNAMA