Gambar Hiasan |
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki berusia 45 tahun nyaris maut akibat ditikam di bahagian leher oleh anak perempuannya di rumah mereka di Taman Desa Bakti, Jinjang pada pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata mangsa ditikam sebanyak dua kali menggunakan pisau pemotong sayur oleh anak gadisnya yang mengalami gangguan mental.
"Polis menerima panggilan pada kira-kira pukul 10.49 pagi berhubung kejadian itu dan mangsa telah dibawa keluarganya ke Hospital Selayang untuk dirawat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Katanya polis telah menahan suspek berusia 18 tahun terbabit yang masih bersekolah susulan kejadian berkenaan dan dibawa ke Balai Polis Sentul untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah.
Sumber: mStar