ALOR SETAR - Seorang ulama Syi'ah tanpa teragak-agak begitu yakin menegaskan bahawa arnab adalah dikategorikan sebagai serangga dan menyebabkan daging haiwan berkenaan 'haram' di makan oleh para penganut fahaman tersebut.
Memetik dari kenyataannya yang tersebar menerusi satu rakaman video, ulama Syi'ah itu mendakwa dia mempunyai dalil "sahih lagi meyakinkan" dari sumber "ahlul bait" yang kononnya menyokong fatwa fahaman itu yang dilihat "pelik bin" ajaib itu.
Bagaimanapun, sumber video berkenaan tidak menjelaskan nama "yang Mulia" ulama Syi'ah berkenaan dan kami lebih selesa menamakannya dengan nama yang baik sebagai "Abu Bakar".
Seluruh dunia sebelum ini jelas bersetuju untuk mengatakan bahawa arnab merupakan sejenis haiwan mamalia yang tergolong dalam keluarga Leporidae yang tergolong dalam golongan Lagomorpha.
Secara lahiriahnya bentuk arnab pula sama sekali berlainan dari karektor rupa bentuk jenis keluarga serangga, langsung tidak menyerupai lipas, kerengga, semut, labah-labah atau yang seumpama dengannya.
Posted by Kedahnews.com on Monday, November 9, 2015
Lebih teruk lagi, kenyataan ulama Syi'ah tersebut yang mempergunakan nama golongan Ahlul Bait dikhuatiri mencemarkan nama baik kaum keluarga keturunan Rasulullah SAW dengan dakwaan yang jelas tidak bersandarkan pada kebenaran dan fakta muktabar.
Justeru dengan 'fatwa' berkenaan, video tersebut telah menjadi bahan tawa ramai pihak yang mengganggap ulama Syi'ah untuk lebih sesuai untuk menyertai maharajalawak mega. -Kedahnews.com