AWAS! 4 Gaya Selfie Yang Mampu Buat Orang Menyampah...


Tidak dinafikan bahawa selfie kini menjadi kebiasaan bagi setiap individu dan bukanlah satu perkara yang pelik.

Malah, kian ramai yang sering berkongsi gambar selfie tidak kira di mana sahaja, termasuk ahli-ahli politik yang mungkin menganggap diri mereka popular dan mendapat sokongan ramai.

Namun, sedarkah bahawa ada jenis-jenis selfie yang bila kita tengok je, rasa menyampah?

Sememangnya bukan semua aksi selfie yang dimuat naik di media sosial orang suka dan ada juga yang membuatkan orang rasa meluat dengan aksi kita itu.

Di sini kami kongsikan antara jenis selfie dikatakan sering membuat orang rasa menyampah. -Kedahnews.com

1. Selfie Pura-Pura Tidur


Yang ni memang sahih ramai yang menyampah, buat-buat macam tidur lepas tu selfie. Memang kantoilah kalau dah terjongket macam tu. Lagi teruk kalau ada pembalikan cahaya yang buat anda kantoi terang-terangan.

2. Selfie Bajet Cute


Kalau sekali-sekala pos gambar buat memek muka macam budak-budak, memanglah comel. Tapi kalau hari-hari cara yang sama, orang tengok pun meluat. Tak comel okay kalau hari-hari macam tu?

3. Selfie Muncung Itik


Jenis selfie muncung itik ni memang dari dulu kena kutuk. Kalau yang perempuan buat, mungkinlah boleh dimaafkan. Kalau tiba-tiba lelaki yang pos selfie macam ni, memang dah nazak sangat tu.

4. Selfie Di Gim


Ni memang gambar yang biasa kita tengok dekat laman sosial. Pergi gym, selfie untuk tayang badan yang berketul-ketul tu macam nak perhatian dan pujian. Memang orang menyampah lah kalau hari-hari ‘done workout’ kot!