Ayda Jebat Takde Hal Zul Ariffin Buang Gambarnya Dalam Instagram

Ayda Jebat
Jika dulu, hubungan Ayda Jebat dan Zul Ariffin memang sangat mesra bagai "adik dengan abang" mungkin disebabkan digandingkan dalam drama hits Rindu Awak 200 Peratus.

Namun kini nampaknya ia seakan telah berubah apabila Zul Ariffin mengaku sedang mengenali rapat pelakon baru, Zahirah MacWilson.

Sehubungan itu, ramai ingin tahu tentang pandangan Ayda mengenai tindakan Zul yang memadamkan kesemua gambarnya dengan Ayda di laman sosial Instagram, baru-baru ini.


Yang peliknya, Zul tidak membuang gambar bersama selebriti wanita lain, sebaliknya hanya gambar dengan Ayda sahaja yang dipadamkannya.

Menariknya, Ayda tidak cepat melatah dan tenang dengan mengatakan bahawa dia langsung tidak berkecil hati kerana itu adalah hak aktor itu dalam bagaimana caranya untuk menguruskan akaun media sosialnya sendiri.


“Saya tidak ada masalah atau mempunyai sebarang hal kerana akaun Instagram hak miliknya. Jadi mungkin dia mengemas kini akaunnya dan membuang apa sahaja yang dirasakan tidak perlu,” katanya memetik portal hiburan, baru-baru ini.

Ayda juga menyatakan dia tidak ada sebarang masalah sekiranya di masa hadapan digandingkan sekali lagi dengan Zul yang sememangnya sudah dua kali berlakon bersama dengannya menerusi Rindu Awak 200 Peratus dan Maid.

Namun apa yang pasti, Admin Kedahnews.com tidak akan buang gambar Ayda... Ceewah –Kedahnews.com