#BajetKedah2016: Mukhriz Umum RM500 Untuk Penjawat Awam


ALOR SETAR - Mengikut jejak langkah Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mengumumkan pemberian khas sebanyak RM500 kepada semua kakitangan awam kerajaan negeri itu.

Pengumuman mengenai pemberian khas tersebut diumumkan Menteri Besar Kedah itu ketika sesi pembentangan Bajet Negeri Kedah 2016 di Sidang Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Menurut Mukhriz, pemberian itu bakal melibatkan sejumlah 4,573 orang penjawat awam kerajaan negeri yang layak.

Beliau turut menjelaskan bahawa pemberian khas berkenaan melibatkan kos kewangan sebanyak RM2.28 juta ringgit kerajaan negeri dan pembayaran itu bakal dibuat pada bulan depan.

Selain itu pemberian khas RM500 itu juga turut disenaraikan dalam senarai 5 teras pembentangan Bajet Kedah 2016 bagi memperkukuhkan tadbir urus kerajaan negeri itu. -Kedahnews.com